EventHiburan

100 Selebriti Tempatan Bakal Meriahkan Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020

Sempena mempromosikan Tahun Melawat Johor dan Tahun Melawat Malaysia 2020, Persatuan Peniaga & Penjaja Bazar Siang & Malam Negeri Johor akan menganjurkan program Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020.

Penyelaras program, Hairol Hazli Hamdan berkata program berkenaan adalah salah satu program utama dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2020, di samping objektif untuk berniaga sambil menderma.

“Bagi mencapai objektif ini, seramai 100 selebriti tempatan bakal menjayakan program ini menerusi pelbagai program dan aktiviti berbeza, termasuklah acara persembahan, berniaga bazar, pertandingan memasak dan pentas lawak.

“Selain itu, ekspo ini diadakan bertujuan memperkenalkan budaya, keseniaan dan makanan tradisi di setiap daerah negeri Johor dan mempromosikan produk-produk usahawan IKS di setiap daerah,” ujarnya.

Menurut Hairol, antara selebriti yang akan terbabit dalam expo ini seperti Datuk Jamal Abdillah, Datuk Afdlin Shauki, Jamal Mirdad, BPR, XPDC, Shidi Data, Poey Sting, Gmie Screen, Nizam Laksamana dan Presiden Seniman iaitu Zed Zaidi berserta ahli-ahlinya.

Jelasnya, turut sama menjayakan acara yang mendapat perhatian daripada kerajaan negeri Johor itu antaranya Azlan Typewriter, Aweera Pelita Lusoh, Moliano Love Hunters dan Khai Nizam.

Bercerita lebih lanjut mengenai program tersebut, Hairol menjelaskan expo berkenaan akan diadakan di 11 buah daerah di negeri Johor bermula pada 29 Januari hingga 28 Disember 2020.

“Ekspo ini juga diadakan untuk memberi peluang kepada usahawan IKS dan ahli persatuan peniaga untuk memperkenalkan, meluaskan serta meningkatkan taraf ekonomi menerusi produk-produk keluaran tempatan.

“Selain itu, sebahagian hasil jualan mereka ini nanti akan disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang mengikuti ekspo ini nanti,” ujarnya.

Untuk program kebajikan itu juga, beliau memberitahu pihaknya juga turut memperkenalkan hashtag #sambilmeniaga #sambilmenderma untuk mencapai objektif tersebut. – KopiPlanet.com

Jadual Expo Jom Niaga Jelajah Johor 2020
1. Muar (29 Januari – 2 Februari 2020)
2. Tangkak (27 Februari – 1 Mac 2020)
3. Segamat (26 Mac – 29 Mac 2020)
4. Mersing (25 Jun – 28 Jun 2020)
5. Pasir Gudang (23 Julai – 26 Julai 2020)
6. Batu Pahat (20 Ogos – 23 Ogos 2020)
7. Kluang (17 September – 20 September 2020)
8. Pontian (1 Oktober – 4 Oktober 2020)
9. Kota Tinggi (29 Oktober – 1 November 2020)
10.Kulai (26 November – 29 November 2020)
11.Johor Bahru (23 Disember – 28 Disember 2020)

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button