Cerita ArtisHiburan

Abby Abadi Dimasukan Ke Hospital Akibat Keracunan Makanan

Pelakon dan bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi telah dimasukan ke hospital kerana mengalami keracunan makanan.

Menerusi Instagram milik Abby yang memuat naik gambar dirinya bersama pelakon gerak khas iaitu Salina Saibi dan Sheera Iskandar, namun tidak memberitahu lokasi di mana dia mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Abby turut mengalami muntah, cirit-birit dan demam panas selepas keluar makan bersama Memey Suhaiza.

Ahli keluarga serta bekas suami, Norman Hakim dan Memey Suhaiza turut hadir melawat pelakon itu di hospital.

Rata-rata peminat dan pengikut mendoakan kesembuhan Abby supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan sempurna. – KopiPlanet.com

Kredit foto :Instagram Abby Abadi

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button