EventHiburan

AirAsia & Universal Music Bergabung Lancar Syarikat Rakaman RedRecords

Syarikat perjalanan dan gaya hidup terkemuka Asia Pasifik dan Universal Music Group (UMG), baru-baru ini melancarkan RedRecords, sebuah usahasama yang inovatif untuk menandatangani, membangunkan artis baharu Asia dan mengangkat muzik pop Asia (A-pop) kepada audiens baharu di peringkat global.

RedRecords akan berpangkalan di Kuala Lumpur dan Los Angeles bertujuan untuk memberi tumpuan kepada pencarian dan pembangunan bakat dari Asia Tenggara dan seluruh benua dengan kriteria pemilihan yang mencerminkan kepelbagaian budaya di Asia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Sempena meraikan operasi AirAsia yang ke-18, kami akan memfokuskan kepada transformasi sebagai peneraju gaya hidup dan syarikat perjalanan digital di peringkat global.”

“Kami kini kembali kepada industri muzik untuk merevolusikan budaya pop Asia pada masa hadapan dan meletakkannya di pentas global bersama Universal Music sempena pelancaran RedRecords,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Muzik Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords, Hassan Choudhury menyifatkan kerjasama ini adalah satu peluang terbaik untuk memanfaatkan potensi AirAsia dan UMG dalam perjalanan muzik.

“Setelah mempunyai bekerja bersama kedua-dua syarikat terkemuka ini, menyaksikan kekuatan mereka dalam industri masing-masing, saya berhasrat untuk menggabungkan kreativiti kedua-dua pasukan ini untuk membantu membangunkan dan menggembangkan bakat muzik yang terdapat di Asia,” katanya.

Sempena pelancarannya juga, RedRecords telah mengumumkan artis naungan pertamanya, Jannine Weigel yang merpakan seorang penyanyi, penulis lirik dan pelakon dari Thailand. Jannine yang telah mengeluarkan beberapa single dan EP ini mempunyai seramai 3.2 juta pengikut di Facebook dan 1.5 juta pengikut di Instagram.

“Saya amat berbangga menjadi artis pertama di bawah RedRecords dan mempunyai sokongan daripada pasukan yang sangat hebat untuk membawa kerjaya saya ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya para peminat akan menyukai pengalaman luar biasa yang kami bakal tawarkan dan saya tidak sabar untuk anda semua mendengar muzik baharu saya,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button