Cerita ArtisHiburan

Baby Shima Berduet Dengan Floor 88 Menerusi Lagu Roadblock Hatiku

Pemenang tempat kelima Big Stage, Baby Shima kembali memeriahkan industri hiburan dengan menampilkan satu single baharu berjudul Roadblock Hatiku yang mana dia berkolaborasi dengan kumpulan Floor 88.

Lagu ini merupakan buah fikiran daripada pihak pengurusan kedua-dua penyanyi tersebut iaitu MVM Production dan Rusa Music.

Roadblock Hatiku merupakan hasil ciptaan Achoi Floor 88 manakala liriknya pula nukilan Zai Floor 88, Romeo Manja dan Room None.

Single ini mengisahkan tentang seorang wanita dan lelaki yang jatuh cinta dari pandangan pertama bertemu.

Roadblock Hatiku telah dilancarkan secara rasmi pada jam 5 petang semalam dan ia sudah boleh didapati menerusi aplikasi muzik online serta muzik videonya sudah mencapai jumlah tontonan sebanyak lebih 250,000. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button