Cerita ArtisHiburan

Cita Citata Batal Perkahwinan Menjelang Detik Bahagia Bersama Kekasih

Penyanyi popular Cita Citata telah membatalkan perkahwinannya dengan kekasihnya, Roy Geurts apabila mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Sakitnya Tuh Di Sini itu mengakui hubungan mereka berakhir menjelang detik tarikh perkahwinan mereka.

“Persiapan pernikahan sudah siap 100 peratus, namun ia tidak perlu lagi diperkatakan. Memang kami tidak jadi berkahwin, jadi tiada apa lagi yang bleh saya ungkapkan,” ujarnya.

Bagaimanapun, penyanyi berkenaan langsung tidak memberi sebarang ulasan mengenai punca dia tidak jadi mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya yang merupakan seorang mualaf dan berasal dari Belanda.

Ujarnya, dengan situasi yang berlaku sekarang ini membuatkan dirinya sekali lagi mengalami kegagalan dalam sesebuah perhubungan.

>Baca: Siti Nurhaliza Dedikasi Lagu Kuasa Cintamu Nukilan Liriknya Buat Aafiyah

“Aku sudah banyak pengalaman dalam hidup dan pernah gagal beberapa kali dalam sebuah ikatan perhubungan. Namun ini bukan bermakna aku mempermainkan sesebuah hubungan, tetapi aku melihat bahawa tiada masa depan dalam perkara tersebut,” luahnya.

Jelasnya lagi, dia bersyukur kerana hubungannya dengan Roy sudah berakhir dan menyatakan sekiranya ia masih berterusan akan ada penyesalan dalam dirinya.

“Daripada berlaku perkara yang lebih buruk pada masa akan datang, lebih baik ia berakhir begini. Kalau tidak, pasti saya akan menyesal di kemudian hari,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button