AntarabangsaBollywood

Kareena Kapoor Dapat Bayaran Lumayan Jadi Duta Produk Minuman

Pelakon popular Bollywood, Kareena Kapoor dikatakan mendapat bayaran yang cukup lumayan untuk menjadi duta sebuah produk minuman.

Seperti yang dipetik daripada portal pinkvilla.com, menurut satu sumber pelakon berkenaan dikatakan mendapat bayaran sebanyak Rs 11 crore (RM6.5 juta).

Bayaran tersebut adalah untuk tempoh setahun bagi Kareena menjadi duta produk berkenaan dengan merangkumi penggunaan wajahnya untuk iklan serta promosi produk.

Ternyata jumlah yang diterimanya itu agak tinggi berbanding produk lain. Biasanya, dia akan mendapatkan bayaran sekitar Rs 5 crore (RM3 juta) untuk satu-satu jenama produk.

“Perbincangan sudah dilakukan bersama Kareena beberapa kali dan akhirnya mereka bersetuju membayarnya dengan jumlah berkenaan.

“Kareena dipilih kerana bukan sahaja sebagai seorang pelakon, tetapi statusnya sebagai seorang ibu memandangkan ia produk minuman untuk kanak-kanak,” ujar sumber berkenaan.

Setelah menandatangani kontrak, pelakon itu akan mula menjalani penggambaran iklan dalam masa terdekat. Sementara itu jadual lainnya akan menyusul, sesuai dengan perjanjian yang telah dibuat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button