AntarabangsaHollywood

Kate Beckinsale Berpacaran Dengan Bekas Kekasih Ariana Grande

Pelakon terkenal, Kate Beckinsale kini dikhabarkan sedang bahagia menyulam cinta bersama bekas kekasih Ariana Grande iaitu pelakon Pete Davidson.

Kate, 46, juga dilaporkan akan bercuti di sebuah pulau dalam masa terdekat bersama Pete, 26, bagi mengenal hati budi masing-masing dengan lebih dekat lagi.

Menurut sumber The Sun, pasangan itu ingin memastikan hubungan mereka tidak terlalu didedahkan kepada umum memandangkan Kate baharu sahaja selesai menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di ovari selain Pete yang sudah jelak dengan tumpuan berlebihan yang diberikan terhadapnya sepanjang menjalinkan hubungan dengan Ariana.

“Mereka merancang untuk pergi bercuti agar dapat melarikan diri seketika daripada tumpuan lensa kamera selain ingin mengenali lebih dekat satu sama lain. Mereka tidak mahu terlalu terburu-buru dengan hubungan yang baharu dibina ini,” kata sumber tersebut yang menyebut kemungkinan besar pasangan ini akan menghabiskan masa mereka bercuti di Bali atau pun di Hawaii.

Kate dan Pete pertama kali bertemu pada parti selepas majlis anugerah Golden Globes berlangsung bulan lalu. Mereka dilihat meluangkan masa berbual mesra lebih dari satu jam.

Mereka kemudiannya tampil terbuka saling berpegangan tangan selepas menghadiri makan malam di Los Angeles, minggu lalu seolah mengiakan perkhabaran yang kedua-duanya kini sedang hangat dilamun cinta.

Sementara itu, Ariana sempat memberikan komen bahawa pasangan itu sama-sama kelihatan comel ketika diminta pihak media untuk mengulas mengenai hubungan Pete dan Kate. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button