Gaya HidupMakan Time

Lebih 130 Cawangan Di Indonesia, Geprek Bensu Akhirnya Buka Di Kuala Lumpur

Setelah lebih 130 cawangan beroperasi di seluruh Indonesia, restoran Ayam Geprek Bensu milik selebriti terkenal Indonesia, Ruben Samuel Onsu, 37, akhirnya telah dibuka secara rasmi di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu.

Hos dan pelawak popular itu memilih lokasi di Bukit Bintang sebagai lokasi di KL kerana merasakan kawasan itu sangat strategik untuk menggembangkan perniagaan makanannya di sini.

“Sudah lama saya melihat peluang untuk buka perniagaan Geprek Bensu setelah mendapat banyak permintaan daripada peminat di sini. Buat permulaan, saya buka di tengah-tengah Kuala Lumpur kerana lokasinya yang strategik selain menjadi tumpuan pelancong.

“Saya mahu kembangkan lagi perniagaan ini dengan membuka beberapa lagi cawangan di sini selain meneroka pasaran di negara Asia lain seperti di Taiwan, Thailand dan Singapura,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan restoran Geprek Bensu pertama di Malaysia di Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ruben, perkara yang mendorongnya membuka perniagaan berasaskan makanan ayam geprek ini kerana seleranya yang lebih kepada citarasa tempatan selain mahu memberikan pilihan yang berpatutan kepada pelanggan.

“Tekak saya ini memang hanya boleh makan makanan nusantara sahaja, pergilah ke mana sahaja memang saya akan cari nasi dan lauk-lauk yang pedas. Disebabkan itu saya perkenalkan makanan kegemaran saya ini dengan resipi tradisi daripada keluarga saya sendiri.

“Kelebihan yang ada pada produk makanan ini ialah ia satu juadah lengkap yang dijual pada harga mampu milik untuk semua golongan usia. Kami juga sentiasa menambah baik operasi perniagaan dengan mempelbagaikan menu-menu menarik dari masa ke semasa agar pelanggan tidak jemu,” ujarnya lagi.

Antara menu menarik yang boleh didapati di Geprek Bensu ialah Geprek Bensu Nasi Lemak, Geprek Bensu Original, Geprek Bensu Sambal Matah, Geprek Bensu Leleh yang dihidangkan dengan keju Mozarella serta Geprek Bensu Sos Telur Masin. Semua hidangan utama ini dijual pada lingkungan harga RM10 hingga RM15.

Sementara itu, Geprek Bensu turut menghidangkan menu sampingan seperti cendawang goreng, kobis goreng, tempe goreng, tauhu goreng, bakso goreng, telur dadar, hati dan pedal goreng, yang dijual pada harga RM4 sepiring.

Bagi membasahkan tekak, restoran ini turut menyediakan empat jenis minuman botol iaitu Epal, Jambu Batu, Mangga dan Laici serta dua hidangan puding iaitu puding perisa mangga dan bubblegum yang dijual pada harga RM2 seunit. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button