Cerita ArtisHiburan

Lihat Kejadian Mengerikan, Noh Salleh Alami Depresi Dan Anxiety Disorder

Penyanyi Noh Salleh mengakui bahawa dirinya pernah berada dalam keadaan depresi dan anxiety disorder kira-kira dua tahun lalu akibat melihat kejadian yang mengerikan di depan mata sendiri.

Menurut Noh, punca dia berada dalam keadaan tersebut kerana melihat kejadian yang menggerikan ketika terlibat dalam misi kemanusian di luar negara.

“Perkara yang paling teruk berlaku depan mata saya sendiri antaranya melihat ada kejadian ahli keluarga dibakar serta kanak-kanak berusia lima tahun ditembak dan ada yang ditembak di kepala sehingga jadi buta.

“Selain itu, melihat bayi yang baru lahir dalam situasi peperangan dan kesan daripada itu saya pernah alami depresi dan anxiety disorder,” ujarnya ketika menceritakan pengalaman dirinya yang sering terlibat dalam misi kemanusian di luar negara.

Noh berkata demikian ketika ditemui semasa majlis pelancaran siri jelajah Toko Kilat Pemacu Api Tour 2019 yang berlangsung semalam.

Bercerita lebih lanjut ketika berada di Lubnan untuk misi kemanusiaan sebelum ini, apa yang membuatkan dirinya mengalami keadaan berkenaan ketika sesi rawatan psikosial kanak-kanak yang menjadi mangsa perang.

“Ketika itu kami mahu melihat tahap mentaliti kanak-kanak ini berada di tahap mana. Kami beri crayon dan meminta mereka untuk membuat lukisan.

“Apa yang mengejutkan adalah mereka lukis gambar orang terbakar, kepala putus. Apabila ditanya siapa yang mereka lukis, mereka jawab itu adalah ibu bapa mereka,” jelasnya.

Ujar vokalis kumpulan Hujan itu, sebaik pulang ke Malaysia, dia terus berada dalam tekanan kerana tidak dapat menerima segala yang telah berlaku terhadap mangsa-mangsa peperangan.

Menurutnya lagi, setiap kali tamat mengikuti misi kemanusian, dia beranggapan itu adalah kali terakhir untuk dia melakukannya.

“Bagaimanapun, saya sedar itu adalah satu tanggungjawab. Dengan diri yang sihat dengan makan yang cukup serta ibu bapa masih ada, jadi itu cara untuk saya balas kenikmatan yang saya ada.

“Semasa alami anxiety saya sampai tertanya-tanya, hidup ini untuk apa. Kemudian saya tanya isteri dia jawab hidup ini untuk beribadah kepada Allah, selain solat lima waktu dan melakukan kerja-kerja kebajikan,” jelas suami kepada Mizz Nina itu.

Ujarnya, dia juga beruntung kerana memiliki seorang isteri yang sering menyokong dan sehingga kini dia dan isteri sudah terlibat dalam misi kemanusiaan sebanyak tujuh kali.

“Pada mulanya saya terlibat dalam keterpaksaan apabila isteri yang ajak. Namun, akhirnya saya bersyukur dan berterima kasih kepada isteri atas pengalaman yang telah saya lalui ini,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button