EventHiburan

Malaysia’s Makeup Artist Awards Cetusan Idea Jurusolek Artis Senior

Buat julung kalinya, satu pertandingan mencari jurusolek artis amatur, Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 (MMAA 2019) akan diadakan pada karnival dua hari yang berlangsung pada 27 dan 28 Ogos depan.

Idea MMAA 2019 dilihamkan dan dianjurkan dua jurusolek profesional iaitu Sheila Mohamad dan Deq Sha.

Menurut Sheila, sebagai seorang yang sudah berkecimpung selama 25 tahun dalam bidang ini, ia merupakan tanggungjawabnya untuk menyediakan platform bagi jurusolek amatur untuk menunjukkan bakat mereka.

“Saya dan Deq Sha ambil inisiatif ini bagi menyediakan landasan buat juru andam baharu bagi mempertaruhkan bakat mereka. Macam saya juga dahulu, bakat saya dikenal pasti selepas memasuki pertandingan dan Alhamdulillah sudah lebih 25 tahun saya berkecimpung dalam bidang ini.

“Sudah tiba masa untuk kami mencari bakat baharu pula yang pastinya penuh dengan idea-idea segar yang dapat menambah baik lagi bidang solekan tempatan,” kata Sheila kepada KopiPlanet.com

Sheila ditemui pada majlis sidang media Malaysia’s Makeup Artist Awards 2019 yang diadakan di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Daripada 300 penyertaan yang diterima, kini hanya tinggal 40 finalis yang akan bertanding pada malam finale yang dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos ini.

Sementara itu, Deq Sha berkata antara kriteria yang dicari menerusi pertandingan itu adalah identiti solekan yang melambangkan jurusolek itu selain keyakinan mereka dalam menyerlahkan lagi teknik solekan yang dibawakannya mereka.

“Saya cuma nak nasihatkan agar mereka semua dapat memberikan yang terbaik pada malam itu selain cuba untuk berikan kelainan agar solekan mereka menjadi sesuatu yang unik dan mudah menarik perhatian juri,” katanya.

Juara MMAA 2019 akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 serta barangan tajaan lain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button