Cerita ArtisHiburan

Muat Naik Gambar Hamil, Emma Maembong Dihujani Ucapan Tahniah

Pelakon Emma Maembong mengesahkan bahawa dirinya kini sedang berbadan dua menerusi gambar yang telah dimuat naik di laman sosial Instagram miliknya.

Emma memuat naik gambar percutiannya bersama suami, Muhammad Shazli Azhar di Langkawi sambil menyatakan tidak sabar menunggu kehadiran cahaya mata sulung mereka.

“Our first honeymoon and last duo trip with my husband.can’t wait to see you my baby,” tulisnya menerusi caption di gambar yang dimuatnaik.

Dalam pada itu, Emma turut dihujani ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis yang gembira dengan kehamilan tersebut.

Pelakon berkenaan dikatakan sedang hamil empat bulan dan dijangka akan bersalin cahaya mata sulung pada November ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button