Cerita ArtisHiburan

Nonny Nadhirah Dalam Fasa Percubaan Perbaiki Diri Selepas Berhijab

Pelakon Nonny Nadhirah Zainuddin, 30, mengakui dirinya kini sedang menempuhi fasa percubaan dalam memperbaiki diri selepas mengenakan hijab dan berharap agar sentiasa diberi peluang serta ruang terhadap perubahannya itu.

Menerusi entri di Instagramnya, Nonny telah memuat naik gambar dengan imej terbarunya berserta kapsyen panjang yang menceritakan detik penghijrahannya itu.

“Saya masih didalam fasa percubaan, dan bagilah masa kepada diri saya untuk memperbaiki diri, hari demi hari bukan disebabkan makhluk tetapi kerana Allah ta’ala.

“Terima kasih kepada yang mendoakan, keluarga, peminat, kawan-kawan. Siap ada yang email dan DM (direct message) dekat saya, doa-doa dan kata-kata semangat korang membuatkan air mata saya mengalir tidak berhenti.

“Akan tetapi janganlah dikeji atau dikecam bila mana selepas ini jika ada kekurangan dari diri saya. Kita semua manusia biasa”, tulisnya.

Selain itu, Nonny turut berkongsi perasaan terharunya apabila menerima mesej secara peribadi daripada pihak keluarga, peminat dan rakan-rakanya yang telah mendoakannya.

Nonny mula mengenakan hijab selepas beberapa hari pulang menunaikan umrah bersama suaminya pada hujung Januari lalu. -KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button