Cerita ArtisHiburan

“Saya Mengaku Itu Silap Saya Dan Akan Perbaiki” – Janna Nick

Pelakon popular Janna Nick mengakui kesilapan yang telah dilakukan berkenaan dengan penampilannya ketika memberikan ceramah motivasi dalam dalam satu program baru-baru ini.

Menurut Janna, dia menerima dengan terbuka terhadap kritikan tersebut dan akan lebih memberi perhatian terhadap pakaian ketika hadir dalam sesebuah program.

“Saya mengaku itu silap saya dan akan cuba perbaiki sekiranya diberi peluang untuk memberi ceramah pada masa akan datang.

“Paling penting saya akan memastikan memakai pakaian yang bersesuaian. Itu adalah kali pertama dan saya akui kesilapan itu,” jelasnya.

Pelakon itu berkata demikian ketika ditemui media ketika majlis pelancaran teater Pawana Isabella yang berlangsung di Istana Budaya petang tadi.

Sebelum ini, Janna telah dikecam netizen gara-gara tampil dengan pakaian yang agak ketat ketika memberikan ceramah anjuran sebuah penerbitan majalah.

Jelasnya, dia juga tidak kisah dengan teguran yang diberikan dan enggan menyalahkan pihak yang menegurya.

“Saya terima sahaja teguran tersebut, kalau tidak saya pun tidak sedar kesilapan yang telah saya lakukan. Untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ilmiah ni, kita kena tampil dalam keadaan yang sopan,” ujarnya.

Jelasnya, biarpun ada isu yang timbul, ia tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus berkongsi ilmu kepada masyarakat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button