HiburanSelebriti

Atta Halilintar Nafi Dakwaan Ibu Bapanya Langgar SOP & Dihalau Dari Malaysia

Selebriti YouTube terkenal Indonesia, Atta Halilintar menafikan dakwaan bawah ibu bapanya melanggar SOP dan telah dihalau dari Malaysia.

Dalam laporan portal Detik Hot, Atta dengan tegas menyatakan cerita berkenaan adalah palsu dan ketika ini kedua-dua ibu bapanya dalam keadaan baik.

“Tidak, keluarga tidak dihalau dan mereka tetap menjalinkan hubungan baik dengan masyarakat di sana (Malaysia).

“Ini kerana sejak dari dahulu lagi, jika kami berpindah ke satu tempat, kami pentingkan kesejahteraan bersama, apatah lagi keluarga saya memang ikut peraturan,” katanya.

Pada masa sama, Atta turut memberitahu bahawa individu yang  menyebarkan gosip berkenaan telah pun meminta maaf.

Bagaimanapun, dia menyatakan bahawa ibu bapanya berasa agak kecewa dengan apa yang telah berlaku.

Ketika ini, ibu dan bapa Atta kberada di Malaysia dan disebabkan pandemik Covid-19, Atta tidak berkesempatan bertemu dengan orang tuanya hampir setahun.

Atta merupakan selebriti YouTube yang mempunyai pendapatan tertinggi di Indonesia dan telah berkahwin dengan anak Krisdayanti dan Anang iaitu Aurel Hermansyah. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
1
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button