Cerita ArtisHiburan

Bekas Suami Zarina Anjoulie Ditahan Di IPD Nilai, Sebelum Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

Bekas suami kepada pelakon popular, Zarina Anjoulie iaitu Eliyas Azhar atau Yas telah ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Memetik laporan portal Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Fazley Ab Rahman berkata, tindakan diambil selepas pelakon berkenaan membuat laporan polis pada Sabtu lalu berkenaan ugutan yang diterima daripada bekas suaminya itu.

“Pelakon berkenaan mendakwa menerima pesanan berunsur ugutan daripada bekas suami bertujuan untuk mengaibkannya di media sosial.

“Sehubungan itu, pada semalam (Ahad), suspek telah hadir ke IPD untuk dirakam percakapan dan ditahan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Sebelum ini, Zarina telah barkongsi di Instagram miliknya tentang satu laporan polis yang dibuat.

Malah, dia mendakwa dirinya pernah didera secara mental dan pernah dipukul bekas suaminya itu.

Dalam pada itu, Mohd Fazley menyatakan kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan dalam waktu terdekat. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button