• FOLLOW US
Rancangan TV, TV

Bergandingan Dengan Sweet Qismina, Fattah Kembali Dengan Pink Smile

Pelakon Fattah Amin yang sedang menghitung hari bergelar seorang bapa kini tampil dengan naskhah lakonan terbaharunya berjudul Pink Smile.

Bergandingan dengan Sweet Qismina, drama 20 episod ini merupakan terbitan Creative Skill Solution Sdn. Bhd yang diarhkan oleh Ayie Mustafa.

Selain Fattah dan Sweet, Pink Smile turut diserikan dengan kehadiran pelakon seperti Intan Najuwa, Izzat Mushtaq, Afifah Nasir dan Hafizuddin Fazil.

Menariknya, menerusi drama ini, Sweet menampilkan kelainan dengan memakai pendakap gigi semata-mata untuk menjayakan wataknya sebagai Luna.

Pink Smile mengisahkan mengenai Luna, gadis ceria yang mempunyai senyuman menawan. Senyumannya itu bertambah menawan dengan adanya pendakap gigi berwarna merah jambu sehingga menambat hati Areeq, seorang kartunis yang juga pengusaha Duncan Cafe.

Drama ini akan ditayangkan bermula 31 Julai, Rabu hingga Jumaat menerusi slot Lestary TV3 yang bersiaran pada jam 9 malam. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend