HiburanSelebriti

Fedtri Yahya Terlibat Dalam Kemalangan, Alami Kecederaan Di Muka

Pengacara yang juga penulis lirik terkenal, Ahmad Fedtri Yahya telah terlibat dalam satu kemalangan dan kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Perkara tersebut dikongsikan isterinya, Nurul Anati Ismail menerusi satu status dan gambar yang telah dimuat naik menggunakan akaun Instagram rasmi suaminya.

“Assalamualaikum. Suami saya, Ahmad Fedtri Yahya, terlibat dalam kemalangan dan selesai menjalani pembedahan malam tadi.

“Banyak kecederaan di muka – semuanya sudah dijahit sempurna. Alhamdulillah. Doakan yang terbaik untuk kesembuhannya,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata rakan terdekat selebriti berkenaan agak terkejut dan mendoakan agar cepat sembuh. – KopiPlanet.com


Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button