• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Individu Dedah Shuk Sahar Ada Hubungan Dengan Wanita Lain?

Seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama @laudyaTaylor mendedahkan mengenai pelawak dan penyampai radio Shuk Sahar yang mempunyai hubungan dengan wanita lain yang dikenali dengan nama Fara Salleh.

Menurusi pendedahan itu lagi, isteri Syuk iaitu Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau mesra disapa Sera itu juga dikatakan mengetahui hubungan tersebut.

“I berani post semua ni kerna i tauu wife shuk tu baik org nyaa. YESSS. Dia terlalu baik untuk dianiaya. knp org baik mesti dipijak hatinya? apaa kehadiran nyaa bawa beban kpd mu? Dia ibu kepada anak anak mu.. Dia isteri kamu.. Kamu BETINA, ndaa mau ka kau punya bahgia sendiri?

“Kenapa mesti pecah belah rumah tangga org? kenapa mesti milik org juga yg ko mau? apa didikan kluarga mu ? Itu kahh bole buat keluarga mu bangga? sedarlahh. Jangann rampas bahgia oranggg, suatu hari pasti balik kpd mu,” jelas individu berkenaan.

Dalam pada itu, selain Shuk, wanita berkenaan juga sebelum ni pernah dikaitkan dengan pelakon Shah Jaszle dan Kecik Hyper Act.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan kini dikurniakan dua orang cahaya mata. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend