Rancangan TVTV

Keluarga Razif Kembali Beraksi Dalam Drama Kampung People 2

Setelah mendapat sambutan yang hangat dan menjadi fenomena pada musim pertama tahun lalu, keluarga Razif kini akan kembali beraksi dalam drama bersiri Kampung People 2.

Diterbitkan oleh KL Motion Pictures, ia diarahkan oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin serta mengekalkan barisan pelakon asal iaitu Rashidi Ishak (Razif), Elly Mazlein (Mona), Riena Diana (Laila), Kamarul Eqifshah (Imran/Yummy), Hun Haqeem (Jaafar).

Selain itu, turut ditampilkan Dato’ Fizz Fairuz (Ejen Shukri), Namron (Tuan Shuhaimi) serta diserikan lagi dengan kemunculan Adibah Noor (Dona), Haziq Fadhullah (Karim), Kismah Johar (Madamme Mah).

Untuk musim kedua ini, ia menyusuli kisah keluarga Razif yang sudah kembali ke rutin hidup lama selepas Tuan Shuhaimi dipenjarakan dan Cengkih Manis dibubarkan, kini Razif tertekan dengan kos kehidupan yang tinggi di bandar. 

Razif mula merindui kehidupan di kampung. Disebabkan rindu kepada Jaafar, Laila berjaya menyakinkan ayahnya untuk pindah balik ke kampung. 

Demi memujuk isterinya Mona, Razif telah berbohong bahawa mereka masih diancam oleh Cengkih Manis. Jadi, mereka sekeluarga perlu pindah ke kampung dengan kadar segera. 

Drama bersiri Kampung People 2 akan menemui penonton setiap hari Rabu-Jumaat bermula pada 17 September ini pukul 9.00 malam di TV3.

Yummy dan Mona sedar bahawa Razif dan Laila hanya berbohong. Mereka berpakat untuk mengenakan Razif dengan memaksanya mengeluarkan kos yang tinggi untuk hal-hal keselamatan kononnya sangat takut dibunuh oleh Cengkih Manis. 

> Baca: Daqmie Tak Kisah Lagunya Lebih Dikenali Berbanding Dirinya

Pada masa yang sama, Laila yang ingin mengejutkan Jaafar tentang kepulangan ke kampung mendapat tahu bahawa Jaafar bakal bekerja di bandar.

Tanpa disangka, gurauan Razif bakal bertukar menjadi mimpi buruk. Percubaan membunuh oleh anak Tuan Shuhaimi telah mengejutkan pihak polis dan Ejen Shukri kembali untuk menyelamatkan keluarga Razif. Barulah Razif sedar, Cengkih Manis masih wujud! 

Untuk mengetahui kisah selanjutnya, Kampung People 2 boleh ditonton bermula 17 September 2020 menerusi slot Lestary, pada setiap hari Rabu hingga Jumaat, pukul 9.00 malam di TV3. 

Para penonton juga boleh ikuti Lestary: Kampung People 2 menerusi perkhidmatan TV Internet (OTT) iQIYI di laman web (www.iQ.com) dan aplikasi mudah alih iQIYI secara percuma. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
4
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button