Cerita ArtisHiburan

Khaty Fauziah Ucap Tahniah Setelah Menantu Dilantik Jadi Timbalan Ketua Menteri Sabah 1

Pelantikan Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah 1 turut mendapat ucapan tahniah daripada ibu mertuanya, pelakon Khaty Fauziah.

Menerusi akaun Instagram miliknya, pelakon berkenaan berkongsi ucapan serta rasa syukurnya atas pelantikan tersebut.

“Alhamdulillah.. Tahniah MENANTUKU !! Mommy bersyukur Allah SWT mendengar doa-doa mommy, semua ahli keluarga, sahabat-sahabat handai, rakan-rakan taulan serta penyokong-penyokong di atas kemenangan.

“Dan seterusnya perlantikan DS @bungmoktar sebagai Tim. Ketua Menteri menteri Sabah (1) merangkap Menteri Perumahan & Kerajaan Tempatan,” tulisnya.

Bung Moktar merupakan suami kepada pelakon Zizie Izette dan Khaty pula adalah ibu kepada Zizie.

Pelakon Khaty Fauziah mengucapkan tahniah kepada menantunya, Datuk Seri Bung Moktar Radin setelah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah 1.

Dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang berlangsung pada Sabtu lalu, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu menewaskan Timbalan Ketua Wira Parti Warisan Sabah (Warisan), Mohd Ismail Ayub dalam persaingan lima penjuru bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag dengan majoriti 661 undi.

Bung Moktar yang juga merupakan Ahli Parlimen Kinabatangan Berjaya memperoleh 3,035 undi mengalahkan Mohd Ismail Ayob (2,374 undi) seterusnya diangkat menjadi wakil rakyat bagi kerusi DUN baharu itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button