• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Di Matamu Nyanyian Sufian Suhaimi Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Kejayaan lagu Di Matamu nyanyian Sufian Suhaimi mencatat kejayaan tersendiri apabila muzik video lagu tersebut akhirnya menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Di Matamu menerima penganugerahan itu di atas pencapaian jumlah tontonan tertinggi muzik video di Youtube bagi kategori lagu Melayu dan artis tempatan.

Muzik video Di Matamu kini meraih lebih 56.485 juta jumlah tontonan sejak ia dimuat naik pada 22 Mac tahun lalu.

Lagu hasil ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen ini mencipta fenomena tersendiri apabila lagu sedih ini dikatakan seakan-akan perjalanan kisah cinta Sufian yang tidak kesampaian.

Di Matamu turut bergelar finalis pada Anugerah Juara Lagu ke-33 yang diadakan pada Februari lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend