Cerita ArtisHiburan

Risteena Munim & Isa Khan Terpaksa Tangguh Nikah Kerana Pandemik Covid-19

Pasangan pelakon Nur Risteena Munim dan Isa Khan sepatutnya melangsungkan perkahwinan mereka pada 20 November lalu setelah setahun bertunang.

Bagaimanapun, Risteena menerusi perkongsian video di Instagram memberitahu majlis yang sepatutnya berlangsung sehari selepas ulang tahun kelahirannya itu terpaksa ditangguhkan.

“Sepatutnya saya dan @theisakhan akad nikah pada 20.11.20. Sehari selepas hari jadi saya iaitu pada 20.11.20 kami telah bercadang untuk melangsungkan majlis akad nikah.

“Segala persiapan telah pun dibuat. Tetapi disebabkan situasi Pandemic yang dihadapi, majlis terpaksa ditunda ke tarikh yang baru.  Kita hanya mampu merancang, Allah sebaik baik perancang. Kami akan bersama sama dan akan lebih kuat dalam menjalani segala dugaan,” luahnya.

Namun begitu, pelakon berkenaan juga meluahkan rasa syukur kerana mempunya keluarga yang sentiasa memberikan sokongan.

“Saya bersyukur mempunyai keluarga yang sentiasa memberi support dan pasangan yang sangat mencintai saya. Semoga semua urusan dipermudahkan. Doakan yang baik-baik2,” tulisnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Nur Risteena Munim & Isa Khan

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button