• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Pernah Tutup Kedai Sebulan, Shuib Sepahtu Tetap Jaga Kebajikan Pekerja

Semasa peringkat awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada bulan Mac lalu, tidak dinafikan banyak perniagaan yang terpaksa ditutup sementara sebagai langkah pelaksanaan.

Perniagaan yang turut terkesan adalah kedai minuman Bubble Bee Malaysia yang dimiliki pelawak Shuib Sepahtu yang ditutup selama sebulan.

“Semasa awal pelaksanaan PKP dahulu Bubble Bee terpaksa ditutup selama sebulan dan sudah tentu ia sedikit menjejaskan pernigaaan yang dijalankan.

“Biarpun tutup saya masih lagi menjaga kebajikan para pekerja. Misalnya, saya masih lagi membayar gaji penuh kepada mereka,” katanya ketika ditemui semasa majlis pelancaran pembukaan rangkaian kedua Bubble Bee Malaysia yang terletak di Pasaraya Mydin USJ semalam.

Menurut Shuib, setelah ditutup selama sebulan kedainya itu kemudian dibuka seperti biasa, namun hanya terhad kepada perkhidmatan penghantaran sahaja.

Jelasnya, setelah kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kedainya itu telah berkhidmat seperti biasa.

“Tidak dinafikan saya agak risau dengan situasi yang berlaku, tetapi apabila kedai dapat dibuka semula sambutan agak baik walaupun hanya membuat delivery (penghantaran).

“Kini saya bersyukur dengan keadaan sekarang apabila sambutan kembali sangat menggalakkan seperti ketika mula-mula buka dahulu. Saya anggap semua yang berlaku ini sebagai satu cabaran dan apa yang paling penting adalah dengan mengutamakan kebajikan para pekerja,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelawak dan penyampai radio Hot FM itu menyatakan dengan pembukaan cawangan kedua ini merupakan satu anjakan kepada perancangan untuk membuka lebih banyak cawangan Bubble Bee di seluruh negara.

Ujar Shuib, dia sudah merancang untuk membuka sebanyak 26 lagi cawangan Bubble Bee sehingga akhir tahun ini secara berperingkat-peringkat.

“Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya juga akan menubuhkan Yayasan Bubble Bee yang bertujuan untuk membantu golongan yang memerlukan,” ujarnya.

Selepas pembukaan cawangan kedua di Pasaraya Mydin USJ, Bubble Bee akan beroperasi di dua buah cawangan lagi iaitu di Encorp Strand Mall, Kota Damansara dan Danau Kota, Setapak. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend