Rancangan TVTV

Polis Sahkan Tidak Buka Kertas Siasatan, All Together Now Malaysia Rakaman Lama

Polis mengesahkan tidak akan membuka kertas siasatan ke atas barisan selebriti dalam program realiti televisyen, All Together Now Malaysia (ATNM) terbitan Astro yang didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menerusi laporan Kosmo Online, Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, keputusan tidak mengambil sebarang tindakan dibuat selepas semakan mendapati rakaman program tersebut dibuat sebelum arahan PKP 3.0 dikuatkuasakan.

“Rakaman sewaktu tempoh PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) itu difahamkan telah mendapat kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Jadi untuk sebarang perkembangan boleh rujuk dengan mereka,” jelas beliau.

Semalam, pihak penerbitan rancangan berkenaan telah membuat keputusan untuk menghentikan sementara program berkenaan bagi membolehkan siasatan terhadap dakwaan berlaku pelanggaran SOP sepeti didakwa.

Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad berkata, rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP 3.0). – KopiPlanet.com

Kredit artikel: Kosmo Online

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
6

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button