Cerita ArtisHiburan

Posting Iklan Dengan Video Papar Keintiman Pasangan Atas Katil, Ramai Kecam Tindakan Zara Zya

Tindakan pelakon popular, Zara Zya memuat naik satu posting video untuk iklan sebuah produk ternyata mengundang kecaman ramai.

Menerusi iklan tersebut, telah dipaparkan video berbaur seks yang menunjukkan seorang pasangan beraksi intim di atas katil.

Menerusi ruangan komen di posting berkenaan, rata-ratanya menyatakan iklan video sedemikian seperti tidak sesuai.

Menurut mereka, ia tidak bersesuaian memandangkan followers Instagram miliknya terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Selain itu, ada juga peminat yang berpendapat pelakon berkenaan tidak sesuai memuat naik posting sebegitu dengan penampilannya sekarang.

Pada masa sama, ada juga yang bertindak untuk tidak mengikut (unfollow) lagi akaun Instagram pelakon itu.

Berdasarkan pemerhatian yang dibuat, ia adalah sebuah produk khas untuk penjagaan alat sulit wanita. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
2
+1
3
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button