AntarabangsaHollywood

Setelah Dua Bulan Bertunang, Hubungan Demi Lovato & Max Ehrich Kini Berakhir

Setelah dua bulan mengikat tali pertunangan, hubungan antara penyanyi Demi Lovato dan tunangnya, pelakon Max Ehrich kini dikatakan sudah berakhir.

Menurut kenyataan satu sumber, kedua-duanya membuat keputusan sedemikian kerana mahu masing-masing mahu memberi fokus kepada kerjaya terlebih dahulu.

“Ini merupakan satu keputusan yang berat, tetapi Demi dan Max memutuskan untuk berpisah agar mereka dapat fokus kepada karier masing-masing.

“Mereka masih menghormati dan mencintai satu sama lain dan akan selalu menghargai waktu yang mereka lalui bersama,” ujar sumber berkenaan.

Kisah putus tunang ini sudah mula berlegar hanya berselang dua bulan setelah Demi mendedahkan pertunangannya dengan Max pada 22 Julia lalu menerusi Instagram. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button