Cerita ArtisHiburan

Tidak Dapat Beli Beberapa Barang Keperluan, Lana Nodin Luah Rasa Hairan Alkohol & Rokok Masih Boleh Dijual

Pelakon popular Lana Nodin meluahkan rasa geramnya apabila tidak dapat membeli beberapa barang keperluan ketika datang ke sebuah kedai.

Lana berkata, apa yang lebih menghairankan apabila barang seperti minuman keras dan rokok masih boleh dijual ketika tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau total lockdown.

“ALCOHOL, rokok yang dah tentu rosakkan kesihatan boleh pulak jual?? Keperluan anak tak boleh, barang bakeri tak boleh, barang electrical tak boleh?? Habis kalau cable phone rosak atau phone rosak bukan kedai tak bukak tapi TAK BOLEH BELI nak beli online cam mane???

“Banyak mengarut dari menyenangkan… tak semua barang boleh beli online! Sepatutnya kedai dah bukak bagi je orang beli… ni ada yang boleh dan ada yg tak boleh??? Ada anak-anak tak pegi sekolah bagi la bahagian stationery bukak utk anak boleh melukis ke atau apa-apa …takkan kalau anak aku pemadam 40 sen hilang, nak kena beli online jugak????” luahnya.

Lana berkata, ketika dia berkunjung ke sebuah kedai, terdapat bahagian dalam kedai yang ditutup, termasuk barang keperluan anak.

Jelasnya, ia adalah satu perkara yang langsung tidak masuk akal dan menyatakan tidak semua orang pandai untuk membeli barang secara online.

“Kalau beli online datang semua kemek pasal tu org nak beli on hand…tapi sampai-sampai kedai bukak tapi section close?? ALHOCOL boleh pulak beli??? Paling sedih certain kedai barang keperluan anak tak boleh jual… habis nak kena beli online kalau emergency puting budak koyak, botol pecah???

“Please la be reasonable dari menyusahkan dan sememangnya sekarang pun susah nak buat apa at least bagi lah bukak semua section sebab tu je yg dapat org beli dan tak semua org pandai beli ONLINE jugak terutama orang duduk kampung dan orang yang dah berusia,” ujarnya.

Pada masa sama, pelakon itu turut mempersoalkan apa beza kebenaran untuk kedai dibuka sehingga pukul 8.00 malam, berbanding pukul 10.00 malam sebelum ini.

Apa beza 2 jam bukak sampai jam 10 malam ke 8 malam saje?? Apa virus lebih aktif waktu malam??? Pasal tu org rushing nak beli barang sampai lupa bawak phone!!” luahnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
2
+1
2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button