Cerita ArtisHiburan

Tiz Zaqyah Akui Masih Lagi Sendiri

Pelakon Tiz Zaqyah menafikan dakwaan dirinya kini sedang hangat bercinta seperti mana yang dilaporkan sebuah portal hiburan baru-baru ini.

Menurut Tiz, dia memang sudah dapat menjangkakan gosip itu akan keluar memandangkan dia dilihat keluar bersama seorang rakan lelaki di pawagam sama yang secara kebetulannya berlangsung malam gala tayangan perdana filem Abang Long Fadil 2, baru-baru ini.

Sudah pasti, kelibatnya itu disedari rakan-rakan media dan peminat yang turut berada di lokasi yang sama pada ketika itu.

“Saya memang dah agak cerita ini akan keluar, tapi memang itu kawan saya sahaja.  Malam itu kawan-kawan kami yang lain dah masuk pawagam, kami je lambat masuk.

“Memang dah agak dah, kami pun gelak-gelak je baca gosip tu,” ujar Tiz ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem terbaharu lakonannya, Kolestrol vs Cinta yang diadakan di GSC Mid Valley, semalam.

Aktres cantik ini turut mengakui dirinya masih solo selepas putus cinta awal tahun lalu.

Sementara itu ketika ditanya mengenai wataknya dalam filem Kolestrol vs Cinta, Tiz menyukai karakter gila-gila yang dibawakannya kerana ia sedikit sebanyak mempunyai persamaan dengan perwatakan sebenar dirinya selain jalan cerita filem ini yang unik dan lain daripada yang lain pernah dijayakannya sebelum ini.

Tiz, 29, turut teruja dengan filem ini kerana ia merupakan pertama kali dirinya bekerjasama dengan pengarah Eyra Rahman.

Selain Tiz, Kolestrol vs Cinta yang menjalani penggambaran sepenuhnya di Taiping dan Pulau Pinang itu turut dibintangi Kamal Adli, Ardell Aryana, Vicha Saywho dan Anam Azizani.

Dalam pada itu, timbul pula persoalan tentang wajah Tiz sering kali dilihat menghiasi kaca-kaca tv dan layar perak, namun tidak pernah pula kelihatan penampilannya dalam mana-mana naskhah teater.

Ketika diajukan mengenai persoalan itu, ini jawapan Tiz, “Teater saya tak pernah buat lagi sebab stage fright punya pasal.  Saya tak tahu kenapa saya takut.  (Puan Sri) Tiara Jacquelina siap cakap lagi ‘you can do it’ sebab beliau memang selalu bagi tawaran melakonkan teater tapi disebabkan saya stage fright, saya cakap saya tak ready.”

Tiz turut mendedahkan banyak naskhah-naskhah besar penerbitan teater terpaksa dilepaskan disebabkan masalah stage fright yang membelenggu dirinya sejak dulu lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button