Cerita ArtisHiburan

Raja Afiq Kini Sah Bergelar Suami Kepada Anggota Polis

Dengan sekali lafaz pelakon drama bersiri Sayangku Kapten Mukhriz, Raja Afiq, 26,  dan pilihan hatinya, anggota polis bergelar penyanyi, Soffwany Yusoff, 31 sah bergelar pasangan suami isteri di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah.

Pasangan tersebut dinikahkan bapa pengantin perempuan, Mohamad Yusoff Lebai Hamzah kira kira jam 9 pagi tadi disaksikan 18 orang tetamu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

“Alhamdulillah biarpun perkenalan kami singkat, jodoh itu kuat mendekati kami. Kami berkenalan sejak hujung tahun lalu.  Rapat dalam awal tahun ini.

“Cuma selepas mengikat pertunangan sekitar awal Mac lalu, kami sepatutnya merancang pernikahan Ogos lalu. Tapi banyak benda yang tergendala rentetan Perintah Kawalan Pergerakan dan seterusnya.

“Akhirnya dianjak ke bulan ini. Semoga fasa baru kami ini akan terus membahagiakan. InsyaAllah, “ kata pelakon yang dicungkil bakatnya menerusi pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2014 itu.

Raja Afiq atau nama penuhnya, Raja Muhammad Afiq Raja Razali  berkenalan dengan isterinya menerusi Instagram.

Isterinya bertugas dalam Pasukan Gerakan Udara, Polis Diraja Malaysia

“Isteri seorang yang memahami, lemah lembut dan baik. Pendek kata saya menyenanginya,” katanya.

Sementara itu, Soffwany berkata, Afiq, seorang yang sangat memahami kepadatan jadual kerjanya membuatkannya jatuh hati dan selesa.

“Sikap Afiq ‘sweet’, selalu mengambil berat dan tidak terlalu memberi tekanan kerana saya sentiasa sibuk dengan tugasan,” katanya.

> Baca: Zoey Rahman Hadiahkan Kondominium RM500,000 Buat Ibu Bapanya

Seterusnya usai majlis nikah mereka diraikan di sebuah dewan di Plaza Jelutong.

Pasangan ini akan berbulan madu di Pulau Langkawi pada 20 September depan.

Mengenai anak, mereka tidak merancang dan menerima rezeki Tuhan bila bila masa.

Pasangan ini dijangka mengadakan majlis bersanding pada Januari depan sama ada di KL atau Ipoh. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button