Cerita Artis
24/03/2023
Peminat industri seni hiburan tanah air yang mengikuti perkembangan selebriti popular Fattah Amin daridekat, tentunya tahu perubahan yang dilaluinya dari semasa kesemasa. Figura berusia 33 tahun ini memulakan langkah dalam peragaan, kemudian menggilap bakat dalam lakonan dan seterusnyamelebarkan sayap dalam nyanyian pula. Bagaimanapun bukan lagu-lagu berkonsep komersial menjadipilihan Fattah kerana dia sebaliknya menggemari genre dakwah, ketuhanan serta memuji dan memuja keagungan Allah. Terbaru, Fattah baru sahaja melancarkan lima lagu zikireksklusif sempena kedatangan bulan Ramadan yang bolehdidapati menerusi aplikasi Mukmin Pro. Lagu-lagu zikir yang diterbitkan oleh Mukmin Pro ini adalahsebahagian daripada fokus baru Fattah dalam menghasilkanlebih banyak kandungan zikir dan muzik Islamik. Lima trek zikir iaitu Iktiraf, Taubat Nasuha, La Hawla wa la Quwwata illa billah, Rabbi Yassir, dan Zikir Fatimah tersedia di aplikasi Mukmin Pro. Fattah berkata, dia bersemangat untuk berkongsi lagu-lagu zikirini dengan peminat dan komuniti Muslim yang lebih luas. “Ia merupakan penghormatan untuk melagukan zikir ini secaraeksklusif di aplikasi Mukmin Pro, dan saya berharap iamembawa ketenangan dan kedamaian kepada mereka yang mendengarnya semasa bulan Ramadan yang diberkati ini,” katanya. Projek ini dihasilkan dibawah jenama Masyhur iaitu label rekoddibawah Universal…