• FOLLOW US

Video Muzik Pematah Hati Cecah Satu Juta Tontonan

Muzik video terbaharu penyanyi Nabila Razali menerusi lagu Pematah Hati mencecah satu juta tontonan dalam tempoh dua hari sahaja selepas dimuat naik di laman YouTube.

Lebih membanggakan, muzik video yang menampilkan pelakon Aedy Ashraf itu sehingga kini selesa berada di tangga ke #3 carta Trending Youtube Malaysia sejak semalam.

Mengulas mengenai kejayaan itu, Nabila dalam satu kenyataan berkata, dia tidak menyangka penerimaan baik terhadap muzik video itu daripada peminat dan ia kejayaan manis buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah, penyanyi berusia 25 tahun ini terharu dengan komen-komen positif mengenai hasil muzik video itu yang disifatkan bertaraf antarabangsa.

Nabila turut berterima kasih kepada sokongan peminat terhadap single terbaharunya itu selain memberi komen positif terhadap muzik videonya itu. Pematah Hati merupakan ciptaan sepenuhnya oleh Hael Husaini dan Ezra Kong.

Dalam pada itu, Nabila berkata, muzik video Pematah Hati adalah arahan dua pemuda berasal dari Romania yang menggelarkan diri mereka sebagai Storytellrs.

Cerita Nabila, dia dan pihak pengurusannya bertemu dengan Storytellrs yang kebetulan sedang menggembara di Malaysia sebelum mereka bersetuju bekerjasama menghasilkan muzik video tersebut.

Jelasnya, konsep muzik video berkenaan adalah idea daripada mereka sendiri yang berjaya memberi sentuhan bertaraf antarabangsa dan ia disiapkan hanya dalam tempoh dua minggu.

Ia menjalani penggambaran di beberapa lokasi di ibu negara termasuk di Blues and Bees, The Bee dan Living Space. Selain Aedy, ia turut menampilkan selebriti dan personaliti Yaya Zahir, Syada Amzah, Adriana Adnan, Tanjung and Wanie.

Selain Youtube, Pematah Hati kini boleh dimuat turun menerusi platform digital seperti Spotify, iTunes, Apple Music, Joox, Kkbox dan Deezer. – KopiPlanet.com

OST Filem Pinjamkan Hatiku Sudah Cecah Sejuta Views!

Wow!  Walaupun filemnya belum lagi ditayangkan, lagu soundtrack filem Pinjamkan Hatiku nyanyian Ayda Jebat dan Adi Priyo nampaknya sudah mencatatkan lebih daripada sejuta tontonan di Youtube!

Sejak dimuat naik pada 12 September lalu, video ini telah ditonton lebih sejuta penonton dan setakat artikel ini ditulis, seramai 1,017,612 penonton sudah menontonnya.

Pinjamkan Hatiku merupakan soundtrack filem Pinjamkan Hatiku yang bakal menjengah pawagam bermula 30 November ini.

Muzik video ini merupakan hasil pengarahan bersama Ayda dengan produksi The Malaya TV.

Kebanyakan netizen melahirkan keterujaan mereka dengan lagu ini yang menyerlahkan lagi sisi vokal dinamik yang dimiliki Ayda dan Adi.

Malah, ada juga yang dah tak sabar-sabar nak menonton filem Pinjamkan Hatiku sebaik menonton muzik video OST filem berkenaan.

Jadi, jangan lupa temujanji anda untuk menonton Pinjamkan Hatiku di pawagam berdekatan bermula 30 November ini! – KopiPlanet.com