Event
31/08/2026
Mereka datang tanpa mengenali antara satu sama lain. Tiada pentas besar, tiada protokol dan tiadaagenda selain satu hanya mahu mengekspresikan rasa cinta kepada Malaysia. Sekitar jam 8.00 hingga 9.00 pagi, sekumpulan rakyat yang menggelarkan diri mereka #TeamMerdekaKL berkumpuldi Batu KM 0 Kuala Lumpur, Dataran Merdeka, masing-masing mengenakan pakaian kebangsaan dan tradisional. Pemilihan Batu KM 0 sebagai titik temu juga mempunyai simboliknya tersendiri. Dalam sejarah penandaan jalan, KM 0 membawa maksud titik permulaan tempat dari mana sesuatu perjalanan dan jarak bermula. Bagi Kuala Lumpur, penanda Kilometer Sifar itu terletak di kawasan bersejarah Dataran Merdeka. Dan mungkin kerana itulah #TeamMerdekaKL memilih tempat…