• FOLLOW US

Elly Mazlein Mahu Peminat Hati-Hati Akaun Instagram Palsu Guna Namanya

Penyanyi dan pengacara Elly Mazlein meminta peminat berhati-hati dengan beberapa akaun Instagram palsu yang telah menggunakan namanya.

Menurut Elly atau lebih mesra dengan panggilan Kak Lina Pom Pom, setakat ini terdapat dua nama sahaja yang digunakan untuk akaun Instagram miliknya.

“Assalamualaikum dan Salam Ramadhan buat kesayangan tercintahhh… Ramai DM kakak Lina tanya pasal kewudujan FAKE ACC IG GUNA NAMA KAKAK LINA POM POM KONON2 BACK UP ACC…

“Perhatian semua… saya hanya ada IG @iamellymazlein & @ellymazlein_official sahaja,” ujarnya menerusi penjelasan yang dibuat di Instagram miliknya.

Elly turut mengingatkan peminat bahawa akaun yang menggunakan nama @kakak lina pom pom dan @kakak lina adalah merupakan akaun palsu. – KopiPlanet.com

Bakal Suami Memahami, Tak Marah Elly Mazlein ‘Disindir’ Used Car

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein mendedahkan bakal suaminya seorang yang sangat memahami dan tidak cepat melatah berikutan kontroversi dirinya dipanggil ‘used car’ (kereta terpakai) oleh rakan pengacara, Datuk AC Mizal menerusi majlis Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32).

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, dia mengambil pendekatan menerangkan perkara tersebut kepada teman lelakinya agar tidak timbul sebarang masalah kelak.

“Sebaik habis sahaja majlis anugerah itu, saya terus telefon dia dan dia okay sahaja. Saya kena jelaskan pada dia sebab dia bukan orang dalam industri seni, tapi dia cakap yang dia faham kerja saya malah memahami benda itu merupakan gurauan semata-mata.

“Lepas kejadian itu pun, Datuk Ac ada minta maaf secara peribadi pada saya dan saya faham benda itu adalah satu gurauan. Dia terlepas cakap dalam nak bergurau tapi salah penggunaan ayat. Saya faham perkara itu dan tidak mahu mengeruhkan keadaan saya minta peminat bertenang sebab perkara-perkara sebegini lebih-lebih lagi live show memang kita tak boleh nak jangka,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elly ditemui pada majlis sidang media program Mentor Milenia yang diadakan di Hotel Hilton, Petaling Jaya, semalam. Elly sekali lagi diberi tanggungjawab mengacarakan rancangan itu dengan hos Shuk Sahar.

Ketika ditanya tidakkah dia berasa serik untuk bekerjasama dengan Ac lagi selepas ini, Elly berkata, “Saya tidak berasa serik untuk bergandingan lagi dengan Datuk Ac, kalau kita rasa serik kita akan jadi tidak profesional. Lagipun ini periuk nasi saya, kalau sikit-sikit nak sentap dan terasa, lebih baik saya duduk rumah sahaja.”

Ac sebelum ini dikecam netizen kerana memanggil Elly sebagai ‘used car’ dalam majlis anugerah yang bersiaran langsung pada 22 September lalu. Tindakan Ac itu disifatkan sebagai tidak sensitif dengan status Elly yang merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015. – KopiPlanet.com

Road To The Dream – Elly Mazlein Dah Selamat Bernikah?

Pelakon dan pengacara, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, mencetuskan tanda tanya di kalangan netizen apabila berkongsikan sekeping gambar di laman Instagramnya, memaparkan foto gaun perkahwinan berwarna putih dengan hiasan dekorasi bunga di sekelilingnya.

Menerusi foto itu, Elly menulis Alhamdulillah beserta kapsyen ,”Alhamdulillah, Congratulations Sayang” dengan tanda pagar RoadToTheDream.

Perkongsiannya itu memberikan bayangan seolah-olah dirinya sudah sah bergelar isteri kepada jejaka idaman hatinya yang sehingga kini masih menjadi misteri.

Malah, pada gambar yang dimuat naik itu penyanyi berkenaan turut mendapat ucapan tahniah daripada peminat dan rakan-rakan artis.

Elly sebelum ini menerusi temubual dengan KopiPlanet.com berkata bakal mengadakan majlis pertunangan sebaik selesai majlis Anugerah Bintang Popular ke-32 yang bakal berlangsung pada 22 September ini.

Penyanyi lagu Usah Disimpan Bara Yang Tersimpan itu menjalin hubungan dengan seorang jejaka kelahiran Kelantan berusia 28 tahun.

Elly berkata dia bakal mengadakan lima majlis untuk hari bahagianya nanti termasuk majlis merisik, pertunangan, berinai, akad nikah dan majlis sidang media bagi memberikan keterangan lanjut mengenai majlisnya nanti.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Elly Mazlein Terharu Bakal Suami & Mertua Nak Buat Majlis Merisik

Pelakon dan penyanyi Elly Mazlein mendedahkan dia bakal mengadakan lima majlis bagi meraikan hari bahagianya yang bakal kunjung tiba tidak lama lagi.

Disebabkan tidak pernah merasai majlis merisik sebelum ini, bakal suami dan mertua Elly berhasrat mengadakan majlis tersebut bagi memberikan Elly merasai pengalaman adat Melayu itu.

“Saya buat majlis merisik sebenarnya untuk keluarga, saya berterima kasih kepada bakal suami dan dan mertua sebab mereka yang nak adakan majlis merisik untuk saya kerana saya tak pernah merasa sebelum ini.

“Saya tak minta untuk mereka adakan majlis merisik tetapi mereka tetap nak buat, jadi saya terharu sangat,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elly ditemui pada majlis pengumuman hos dan barisan penyampai trofi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 yang diadakan di Bangsar, semalam.

Menurut Elly, dia dan bakal suami sudah merancang sebanyak lima majlis iaitu majlis merisik, sidang media, majlis sambut menantu, majlis tunang dan malam berinai yang dijangka dalam masa terdekat ini.

Elly kini berhubungan dengan seorang jejaka berusia 28 tahun yang berasal dari Kelantan.

“Sebenarnya, saya tak sabar nak tunggu majlis ini. Semua sekali ada lima majlis ‘back to back’, kali ini saya akan buat majlis merisik, majlis sambut menantu, bertunang, malam berinai dan juga saya akan menjemput semua pihak media yang selama ini tidak jemu-jemu memberikan sokongan terhadap kerjaya seni saya,” ujarnya lagi.

Elly juga mendedahkan dia akan mengikat tali pertunangan selama sebulan sebelum mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya itu.

Elly, 39, sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun jodoh tidak bertahan lama apabila mereka disahkan bercerai pada 15 Oktober 2015. Hasil perkahwinan, Elly dikurniakan seorang cahaya mata, Putri Sara Sefhia, 3. – KopiPlanet.com

AC Mizal & Elly Mazlein Jadi Pengacara, ABPBH Terbangkan Khas Artis K-Pop

Kehangatan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH 32) makin terasa apabila semakin menghampiri malam kemuncak yang akan berlangsung pada 22 September ini.

Anugerah bertemakan Melangkaui Sempadan itu bakal dihoskan pasangan pengacara, Datuk AC Mizal dan Elly Mazlein.

Bercakap mengenai gandingan mereka, AC berkata ini merupakan kali pertama dirinya bergandingan dengan Elly dan setakat ini mereka sudah melakukan latihan sebanyak empat kali bagi mencipta keserasian.

“Saya dan Elly masing-masing pertama kali digandingkan bersama. Kami akan cuba untuk mengacarakan majlis dengan sebaik mungkin. Dalam hal ini, saya dan Elly kami sepakat untuk meraikan pemenang pada malam itu serta lebih banyak berkongsi fakta-fakta tentang pemenang terdahulu.

“Saya tak nak hos lebih cakap benda-benda yang tidak perlu sebab bagi kami keutamaan dan yang harus kita raikan pada malam itu adalah para pemenangnya. Kami juga tidak akan gunakan pendekatan untuk mempersendakan mana-mana selebriti pada malam itu, sebaliknya lebih suka bergurau mengikut situasi yang berlaku pada ketika majlis itu berlangsung nanti,” kata AC Mizal.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media pengumuman hos, persembahan artis dan barisan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular ke 32, (ABPBH 32) yang diadakan di Balai Berita NSTP, Bangsar hari ini.

Antara penyanyi yang bakal membuat persembahan pada malam itu nanti ialah Aishah, Liza Hanim, Zizan Razak, Ismail Izzani, Ernie Zakri, Idayu, SonaOne, Ariff Bahran, Andi Bernadee, Hazama, Akim, Black, De Fam, Zamaera dan Stacy.

Penyampai trofi pula terdiri daripada gabungan artis baharu dan lama seperti Mustapha Kamal, Aida Khaleeda, Ella, Sharnaaz Ahmad, Tiz Zaqyah, Wany Hasrita, Khai Bahar, Arslan Butt, Mimi Lana, Fikry Ibrahim, Shuib Sepahtu, Amy Mastura, Azar Azmi, Azhan Rani dan Noorkhiriah.

Kejutan pastinya menanti buat peminat K-Pop apabila pihak penganjur mendedahkan mereka bakal menerbangkan penyanyi dari Korea Selatan yang dirahsiakan identitinya yang mana akan tampil berduet dengan salah seorang penyanyi tempatan.

ABPBH 32 akan bersiaran langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dipancarkan menerusi TV3. Sebanyak 20 kategori dipertandingkan termasuk dua kategori baharu iaitu Artis Indonesia Popular dan Artis Korea Popular.

Berikut merupakan senarai top 5 ABPBH 2019:

Kategori Online

Artis Sensasi Popular:
Bella Dally
Elfira loy
Haqiem rusli
Nazim othman
Zul ariffin

Gandingan Serasi Drama Popular:
Fikry Ibrahim & Farah Nabilah (Cik Reen Encik Ngok Ngek)
Remy Ishak & Mira Filzah (Lelaki Kiriman Tuhan)
Syafiq Kyle & Amyra Rosli (Nur)
Syafiq Kyle & Zahirah Macwilson (Pujaan Hati Kanda)

Gandingan Serasi Filem Popular:
Fattah Amin & Syamsul Yusof (KL Special Force)
Syafiq Kyle & Hannah Delisha ( Langsuir)
Zizan Razak & Shaheizy Sam (Polis Evo 2)
Hairul Azreen & Ammar Alfian (Paskal)
Remy Ishak & Mira Filzah (Rise Ini Kalilah)

Pelakon Watak Antagonis Popular:
Azar Azmi
Azhan Rani
Reen Rahim
Shukri Yahaya
Syazwan Zulkifli

Lagu Paling Boom:
Andi Bernadee (Satu Peluang)
Haqiem Rusli (Selamat Tinggal Sayang)
Sufian Suhaimi (Di Matamu)
Khai Bahar & Fatin Husna (Rahsia Kita)
Siti Nordiana (Hatiku Milikmu)

Artis Baharu Lelaki Popular:
Afieq Shazwan
Adam Lee
Iswan Ismail
Raja Atiq
Ryan Deedat

Artis Baharu Wanita Popular:
Aina Abdul
Amelia Henderson
Haneesya Hanee
Masya Masyitah
Sarah Suhairi

Pelakon Filem Lelaki Popular:
Fattah Amin
Remy Ishak
Syafiq Kyle
Zizan Razak
Zul Ariffin

Pelakon Wanita Filem Popular:
Delimawati
Erra Fazira
Hannah Delisha
Mira Filzah
Uqasha Senrose

Pelakon TV Lelaki Popular:
Fattah Amin
Fendy Bakry
Izzue Islam
Remy Ishak
Syafiq Kyle

Pelakon TV Wanita Popular:
Azar Azmi
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zahirah Macwilson

Penyanyi Lelaki Popular:
Faizal Tahir
Haqiem Rusli
Khai Bahar
Sufian Suhaimi
Syafiq Farhain

Penyanyi Wanita Popular:
Aishah
Ara Johari
Siti Nordiana
Stacy
Wany Hasrita

Artis Duo/Berkumpulan Popular:
Alif Satar & Siti Nordiana
Dayang Nurfaezah & Hael Husaini
Floor 88 & Baby Shima
Insomniacks
Khai Bahar & Fatin Husna

Artis Komedi Popular:
Jihan Muse
Jep Sepahtu
Mark Adam
Sherry Alhadad
Zizan Razak

Artis Versatil Popular:
Alif Satar
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana
Zizan Razak

Pengacara TV Popular:
Alif Satar
Alvin Chong
Janna Nick
Mira Filzah
Siti Nordiana

Penyampai Radio Popular:
DJ Lin
Haziq
Johan
Muaz
Raden

Artis Indonesia Popular:
Afgan
Bunga Citra Lestari
Cakra Khan
Judika
Laudya Cynthia Bella

Artis Korea Popular:
Blackpink
BTS
Exo
GDragon
GOT7 – KopiPlanet.com

Elly Mazlein Akan Dedahkan Wajah Bakal Suami Pada Malam Berinai

Pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenar, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, memberitahu dia kini dalam meniti fasa kebahagiaan apabila begitu teruja menantikan saat-saat menjelangnya perkahwinan yang dikhabarkan berlangsung pada tahun hadapan.

“Boleh dikatakan saya wanita yang paling bahagia sekarang. Sejujurnya saya rasa tak sabar nak tunggu hari tersebut.

“Saya sangat teruja untuk perkahwinan kali ini kerana Sefhia pun sangat menyayangi dan keluarga pun menerimanya. Benarlah rancangan Allah dah susun begitu cantik. Selepas rezeki yang mencurah-curah kini pula dipertemukan pula dengan jodoh yang baik.

“Selebihnya saya akan maklumkan kemudian. Saya pasti akan kongsikan berita gembira ini kepada rakan-rakan semua. Kita tunggu masa yang sesuai. Mungkin malam berinai nanti saya akan dedahkan wajah sebenar dia,” katanya kepada kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti muzikal komedi, Muzikal Lawak Superstar di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur semalam.

Elly menganggap perkahwinannya kali ini merupakan perkahwinan kali pertama dan mengimpikan untuk mengadakan majlis perkahwinan yang lebih besar dan meriah.

“Saya anggap ini perkahwinan pertama saya. Apa saja yang saya tak pernah rasa sebelum ini, saya akan buat dalam majlis kali ini.

“Perkahwinan sebelum ini berlangsung ketika mama saya baru saja meninggal dunia. Majlis pun dibuat di surau sahaja. Kalau boleh kali ini saya teringin nak rasa yang meriah sedikit. Kebetulan bakal suami pun tak pernah berkahwin lagi,” katanya lagi.

Elly sebelum ini pernah berkahwin dengan pengarah drama, Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun jodoh mereka tidak panjang apabila disahkan bercerai talak satu pada 15 Oktober 2015.

Hasil perkahwinan, Elly dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Dapat Restu Keluarga, Elly Mungkin Naik Pelamin Tahun Depan

Selebriti bernama Elly Mazlein dilihat cukup terbuka bercerita mengenai teman istimewanya dan mendedahkan dia berkemungkinan bakal menamatkan zaman solo menjelang tahun depan.

Mengakui suka dengan nombor 2020, Elly juga melihat perancangan ke arah itu kerana melihatkan hubungan anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia yang kini semakin rapat dengan kekasihnya yang dipanggil Papa oleh Sefhia.

“Kami ada berbincang ke arah itu, kalau boleh saya pun nak cepat sebab benda baikkan? Tapi mungkin ia boleh direalisasikan pada tahun 2020.

“Bagi saya, restu ibu bapa paling penting, semua orang pernah buat silap. Alhamdulillah kini saya lebih bahagia apabila bapa saya sendiri merestui untuk kami berkawan dan saling mengenali begitu juga dengan keluarganya di Kelantan,” katanya kepada KopiPlanet.com

Elly atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, ditemui pada majlis sidang media Kempen Ramadan Raya Media Prima 2019 di Hotel Sheraton, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Elly, walaupun kekasihnya muda 10 tahun daripadanya, namun dia dapat melihat kematangan dalam diri lelaki tersebut malah merasakan dirinya lebih dihargai melihatkan kesungguhannya yang mahu menjaga Elly sekeluarga.

“Walaupun dia muda 10 tahun daripada saya tetapi sikap kematangan yang ditunjukkan membuatkan saya terpikat. Dia tunjuk betul-betul yang dia nak jaga saya dan keluarga dan dia ada ciri-ciri sebagai ketua keluarga.

“Malah dia dah bersedia untuk beli rumah, jadi saya rasa sangat bahagia dengan usaha yang cuba ditunjukkannya. Saya rasa sangat dihargai olehnya,” katanya lagi.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014 namun disahkan bercerai pada 2015. Hasil perkongsian hidup, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Putri Sara Sefhia yang kini berusia tiga tahun. – KopiPlanet.com

Foto: Instagram Elly Mazlein

Karier Nyanyian Makin Sendu, Elly Mazlein Tumpu Pengacaraan & Lakonan

Ketika detik awal kemunculannya dalam bidang seni bermula pada tahun 1997, ternyata Elly Mazlein lebih dikenali ramai sebagai seorang penyanyi dan pernah melahirkan beberapa buah album.

Bagaimanapun, sekarang ini pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lebih kerap tampil di kaca televisyen menerusi lakonan dan pengacaraan.

“Saya akui yang karier nyanyian saya sekarang ini agak sendu dan suam-suam kuku sahaja. Kini saya lebih banyak terbabit dalam dunia lakonan dann pengacaraan.

“Mungkin sudah ditentukan rezeki saya dalam nyanyian semakin berkurangan, tetapi ada rezeki lain yang telah saya peroleh sekarang. Asalkan saya masih lagi terus bertahan dalam industri hiburan,” jelasnya.

Menurut Elly, selain aktif berlakon, ternyata bidang pengacaraan juga sudah semakin sebati dalam dirinya dan banyak tawaran mengacara yang diterimanya.

Elly berkata, dia sendiri tidak menyangka akan terbabit secara lebih serius sebagai pengacara dan menganggap ia satu cabaran tersendiri buat dirinya.

“Sejak diberi peluang menjadi pengacara untuk Anugerah Skrin 2018, tawaran menjadi pengacara memang tidak henti-henti sehingga ada yang terpaksa saya tolak.

“Apa pun saya bersyukur dengan peluang yang diterima sekarang ini. Malah, saya juga tidak kisah dikritik dan menerima sebarang teguran untuk diperbaiki supaya lebih baik,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Elly Mazlein

Lelaki Bujang Usia Lewat 20-an Jadi Pilihan Elly Mazlein

Penyanyi dan pengacara popular Elly Mazlein mengakui dirinya dalam fasa bahagia apabila kini sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seorang jejaka.

Enggan mendedahkan siapa gerangan jejaka yang kini bertakhta di hatinya, Elly, 38, hanya memberitahu jejaka berkenaan berstatus bujang dan berusia lewat 20-an.

“Boleh dikatakan saya dalam fasa berbunga-bunga biarkan belum terjalin lagi sebarang ikatan pertunangan atau perkahwinan.

“Apa yang paling penting, anak saya iaitu Putri Sara Sefhia juga gembira dan sudah memanggilnya dengan panggilan ‘papa’. Saya harap pada kali ini ia merupakan perancangan dan pilihan yang terbaik,” ujarnya.

Elly berkata demikian ketika ditemui semasa majlis sidang akhbar program Bintang Bersama Bintang 2019 yang berlangsung di Sri Pentas hari ini.

Ketika ditanya apa yang membuatkan lelaki lebih muda menjadi pilihannya, Elly memberitahu ada kalanya lelaki muda bersikap lebih matang.

Jelasnya, apa yang lebih penting sekarang ini hubungan yang terjalin dengan kekasihnya itu mendapat restu kedua-dua belah ahli keluarga serta anaknya.

“Sebenarnya kami mula akrab sejak bulan Ogos 2018. Insyaallah, pada bulan hadapan saya akan ke Kelantan untuk berjumpa dan berkenalan dengan ahli keluarganya,” ujarnya yang enggan bila dia akan mendirikan rumah tangga.

Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah Azmi Hatta pada 9 November 2014, namun kedua-duanya bercerai pada 15 Oktober 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. – KopiPlanet.com

“Dengan Kekasih Baharu Sefhia Dapat Rasa Kasih Seorang Bapa” – Elly Mazlein

Semua sedia maklum kisah rumah tangga penyanyi dan pelakon Elly Mazlein yang berantakan sejak dua tahun lalu. Sejak dari itu, Elly mengambil tugas menjaga anak tunggalnya, Putri Sara Sefhia yang kini berusia dua tahun.

Terkini, Elly dikhabarkan sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang jejaka yang sehingga kini tidak didedahkan identitinya oleh pelantun lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan itu.

Menurut Elly, dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya, Sefhia kini dapat merasai kasih sayang seorang bapa seperti mana kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

“Sefhia sangat menyayangi ‘teman’ baharu saya yang dia panggil papa. Apa yang boleh saya cakap, kami berkawan dan kalau Sefhia selesa dan saya pun serasi bersamanya, InsyaAllah (akan bawa ke fasa baharu). Dia pun tahu kisah saya, semua orang pun tahu.

“Apa yang saya tengok dia suka budak-budak dan amat menyayangi Sefhia. Anak saya pun hari-hari akan bertanya di mana papa dia. Dengan dia, Sefhia baru dapat rasa kasih sayang seorang bapa. Hati saya berbunga bila tengok dia rapat dengan anak saya sebab yang penting bagi saya adalah untuk membahagiakan Sefhia,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Elly ditemui pada malam Anugerah Skrin 2018 yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sementara itu, Elly yang kini semakin mendapat banyak tawaran lakonan berkata dia tidak kisah untuk memegang watak antagonis demi kelangsungan hidup.

“Saya memang tidak kisah untuk melakonkan watak jahat, asalkan dapat bayar bil. Saya kena kuat bekerja sebab anak pun akan masuk sekolah tahun depan.

“Sekarang anak semakin besar, saya nak beri yang terbaik untuk dia. Sefhia pun memang nak sekolah dan saya pun memang nak dia ke sekolah untuk perkembangan otak dia,” katanya. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Elly Mazlein