• FOLLOW US

Kejutan… Hady Mirza, Naqiu Muncul Juara Bersama GV 6

Sejarah tercipta apabila Gegar Vaganza 6 (GV 6) menobatkan dua orang juara, Hady Mirza dan Naqiu dalam saingan final yang berlangsung malam tadi.

Dalam aksi final di Dewan MBSA, Shah Alam, Hady dan Naqiu berjaya menewaskan lima lagi peserta iaitu Hady Mirza, Naqiu, Sham Visa, One Nation Emcees, Nurfatima dan Jatt.

Ternyata persembahan kedua-dua peserta tersebut berjaya memikat hati juri tetap, Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang serta juri jemputan Datuk Rizman Ruzaini.

Sementara itu, Jatt Ali pula berpuas hati ditempat ketiga, manakala tempat ke-4 pula menjadi milik Nurfatima kedudukan ke-5 pula diraih One Nation Emcees dan Sham Visa sekadar berpuas hati di tempat ke-6.

Selaku juara kedua-duannya membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000, pakej percutian, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan, pakej percutian dan trofi Gegar Vaganza. – KopiPlanet.com

Tiada Penyingkiran… Semua Peserta Layak Ke Separuh Akhir GV 6

Debaran saingan suku akhir Gegar Vaganza 6 (GV 6) yang berlangsung malam tadi ternyata melegakan apabila tiada penyingkiran dibuat.

Ini bermakna ke semua peserta yang bersaing dalam saingan suku akhir akan meneruskan aksi untuk peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.

Dalam pada itu, One Nation Emcees yang tampil dengan persembahan bertenaga menerusi lagu Hati Emas nyanyian kumpulan Kembara berjaya memikat hati juri dengan muncul peserta yang mendapat markah tertinggi.

GV 6 menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang selaku juri tetap, manakala pelakon Datuk Rosyam Nor dan komposer Manan Ngah tampil sebagai juri jemputan. – KopiPlanet.com

*LAGU SEMI FINAL/GV 6
One Nation Emcees – Drama (Drama Band) & Seribu Tahun (Imran Ajmain) duet bersama Lan Solo
Hady Mirza – All My Live (KC & Jojo) & Takdir Tercipta (Hafiz Suip & Adira) duet bersama Dia Fadila
Naqiu – Always (Bon Jovi) & Hanya Namamu (Caliph Buskers) duet bersama Azmi Saat
Jatt – Ku Miliki Bayangmu (Datuk Ramli Sarip) & Zakia (Achmad Albar) duet bersama Zur Eda
Nurfatima – Kau Pergi Tanpa Pesan (Ellya Khadam) & Kali Pertama (Fairuz Hussein) duet bersama Noryn Aziz
Norshila Amin – Dialah Di Hati (Datuk Seri Siti Nurhaliza) & Kerna Terpaksa (Francissca Peter) duet bersama Ifa Raziah
Sham Visa – Permata Untuk Isteriku (Kopratasa) & Usang (Rahim Maarof) duet bersama Usop & Sani Kopratasa
Wann – Ku Gembira Di Sampingmu (Datuk Khadijah Ibrahim) & Dua Insan (Datuk M.  Nasir & Yunizar Hussein) duet bersama Zarul Umbrella

Kredit foto: Instagram Astro Gempak

Feeza Tersingkir, Perjuangan Dalam Gegar Vaganza 6 Berakhir

Perjuangan peserta Feeza untuk terus bersaing dalam rancangan realiti Gegar Vaganza 6 (GV6) berakhir setelah tersingkir pada minggu ke-6.

Dalam aksi yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam malam tadi, yang mempersembahkan lagu Terus Mencintai nyanyian Siti Nordiana ternyata gagal memikat hati juri sehingga mendapat markah terendah.

Dengan penyingkiran tersebut, sebanyak sembilan lagi peserta yang akan meneruskan saingan pada minggu hadapan untuk peringkat separuh akhir.

Antara peserta tersebut iaitu Hardy Mirza, Jatt, Naqiu, Noorshila Amin, Nurfatima, One Nation Emcees, Roy, Sham Visa dan Wann.

Dihoskan oleh Nabil dan Jihan Muse, GV6 turut menampilkan dua orang juri tetap iaitu Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang, manakala komposer terkenal iaitu Saari Amri menjadi juri jemputan untuk minggu ini. – KopiPlanet.com

LAGU MINGGU HADAPAN (Minggu Ke-7 – Separuh Akhir)
* Hardy Mirza – Jatuh Bangun (Haqiem Rusli)
* Jatt – Sumpah (Naim Daniel)
* Naqiu Boboy – Rampas (Akim And The Majistret)
* Noorshila Amin – Vroom Vroom (Nabila Razali)
* Nurfatima – Patah Seribu (Shila Amzah)
* One Nation Emcees – Bila Rindu (Ruffedge)
* Roy – Hajat (Hael Husaini)
* Sham Visa – Pergi (Aizat Amdan)
* Wann – Terlalu Memuja (Wany Hasrita)

Mazleela Jadi Peserta Pertama Tersingkir Daripada Rancangan GV6

Penyanyi Mazleela telah menjadi peserta pertama yang telah disingkirkan daripada program Gegar Vaganza musim ke-6 (GV6).

Dalam aksi yang berlangsung di Dewan MBSA Shah Alam malam tadi, Mazleela yang mempersembahkan lagu Apa Khabarmu Di Sana ternyata gagal memikat hati juri sehingga mendapat markah terendah.

Dengan penyingkiran Mazleela seramai 11 lagi peserta yang akan meneruskan saingan iaitu Ameerr Sofazr, Feeza, Hady Mirza, Jatt, Kool, Naqiu Boboy, Noorshila Amin, Nurfatima, One Nation Emcees, Roy, Sham Visa dan Wann.

GV6 menampilkan Datuk Ramli MS dan Hetty Koes Endang sebagai juri tetap, manakala penyanyi Datin Paduka Julie Sudiro selaku juri undangan.

Rancangan terbitan Astro itu berlangsung selama lapan minggu, di mana juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM100,000, manakala naib juara bakal meraih RM50,000 dan tempat ketiga RM30,000. – KopiPlanet.com

LAGU MINGGU HADAPAN
* Ameerr Sofazr – Samrah Mentari (Datuk Jamal Abdillah)
* Feeza – Temberang (Ayda Jebat)
* Hardy Mirza – Ibu Kota Cinta (Def Geb C)
* Jatt – Awallah Dondang (Noraniza Idris)
* Kool – Lagu Zaman (Datuk Ramli Sarip & Tan Sri SM Salim)
* Naqiu Boboy – #123 (Khai Bahar)
* Noorshila Amin – Pelesit Kota (Search)
* Nurfatima – Hati Kama (Noraniza Idris & Datuk Seri Siti Nurhaliza)
* One Nation Emcees – Gelora (Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma)
* Roy – Gila Judi (Datuk M Daud Kilau)
* Sham Visa – Sayang-Sayang (Aliff Aziz)
* Wann – Asmaradana (Datin Seri Tiara Jacquelina)

Wann Tak Selesa Rambut Terdedah, Mohon Peminat Doa Bertudung Litup

Penyanyi Wann yang cukup terkenal dengan lagu Bossanova mengharapkan peminat mendoakan dirinya agar tampil dengan imej bertudung litup di masa akan datang.

Sejak empat tahun lalu, penyanyi bernama lengkap Wan Rashidah Meor Abdul Rashid sudah mula mengenakan selendang sebagai imej hariannya.

“Saya macam tidak selesa kalau rambut tidak bertutup, doakan saya bertutup dengan lebih ‘proper’ ya, memandangkan usia pun akan menjengah 50 tahun pada tahun hadapan.

“Kalau ada yang kecam kata pakai selendang tapi nampak rambut sejemput di depan, saya tidak cepat melatah kerana asam garam kehidupan selebriti untuk melalui perkara sebegitu. Kenapa perlu saya marah mereka (netizen) kalau ada yang kecam, sebaliknya saya aminkan sahaja doa-doa mereka yang mahukan saya menutup aurat dengan ‘proper’. Doakan saya ya,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Wann ditemui pada majlis sidang media pengenalan barisan bintang yang menyertai program Gegar Vaganza 6 yang berlangsung di Theater The Gardens Mall, Kuala Lumpur semalam.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam program itu, Wann berkata ini merupakan kali ketiga pihak Astro menawarkan slot kepadanya untuk menyertai GV.

“Kalau nak tahu, pihak produksi Astro sudah tiga kali lamar saya untuk sertai GV sejak daripada musim pertama lagi, tapi saya masa itu tidak bersedia. Bila fikir-fikir balik, untuk kali ketiga ini wajar saya ambil peluang ini untuk mencabar diri sendiri menyanyi lagu daripada pelbagai genre berbeza.

“Lagipun saya teringin nak masuk studio balik, kalau dengan ‘comeback’ saya ini dapat buat satu lagi single baharu itu pun dah cukup okay bagi saya,” katanya lagi.

Ketika ditanya mengenai ramalan ramai yang mengatakan dia merupakan antara calon juara GV6, Wann dengan merendah diri berkata, “Janganlah begitu, saya tidak hebat mana, saya pun tak pernah menang apa-apa anugerah. Dalam GV6, semua bintang yang bertanding saya hormat dan semuanya merupakan pesaing hebat bagi saya.”

GV6 bakal memulakan siarannya pada 13 Oktober ini, setiap Ahad jam 9 malam dan akan bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

13 bintang yang bertanding dalam GV6 ialah Wann, Mazlela, Feeza, Nurfatima, Noorshila Amin, Sham Visa, Jatt Black Dog Bone, Naqiu Boboy, Roy, Hady Mirza, Ameer Sofazr dan dua artis berkumpulan iaitu Kool dan One Nation Emcees. – KopiPlanet.com