• FOLLOW US

Salman Khan Kongsi Gambar Dengan Bekas Kekasih Di Twitter

Pelakon Salman Khan dan Katrina Kaif, 36, berkongsi gambar sebaik penggambaran filem terbaharu lakonan mereka, Bharat selesai baru-baru ini.

Salman, 54, memuat naik gambarnya bersama bekas kekasihnya itu di laman Twitter sementara aktres tersebut berkongsi foto berkenaan di laman Instagramnya.

Salman dilapor pernah bercinta dengan Katrina beberapa tahun sebelum hubungan mereka putus pada 2010.

Bharat merupakan filem ketiga gandingan bersama pasangan ini selepas filem Sultan (2016) dan Tiger Zinda Hai (2018). Bharat merupakan arahan Ali Abbas Zafar ini turut dibintangi Tabu, Disha Patani dan Sunil Grover.

Bharat merupakan filem adaptasi dari Korea Selatan berjudul Ode To My Father (2014). Ia mengisahkan tentang perang Korea yang berlaku pada tahun 1950.

Filem ini merupakan terbitan bersama Salman dengan Atul Agnihotri. Bharat menjalani penggambaran di India, Abu Dhabi dan Sepanyol dan dijangka menemui penonton pada bulan Mei ini. – KopiPlanet.com

Katrina Kaif Kelihatan Seperti Bos Wanita Dalam Pantsuit Kelabunya

Pelakon Bollywood iaitu Katrina Kaif mengakui dirinya merupakan seorang yang gemar bereksperimen dalam gaya fesyennya setiap hari.

Hal ini tidak dapat dinafikan bahawa pelakon berkenaan pasti akan menggayakan sesuatu yang berstail setiap kali melangkah keluar.

Baru-baru ini, Katrina telah mengenakan sepasang painsuit kelabu ke sebuah majlis dan menerusi penampilan itu, dirinya kelihatan begitu sempurna sekali.

Menerusi penampilan tersebut, Katrina seolah-seolah kelihatan seperti bos wanita dengan solekan nipis di wajah turut melengkapkan lagi gaya tersebut.

Terbaharu, Katrina bakal muncul dalam filem arahan Ali Abbas Zafar iaitu “Bharat” yang mana turut dibintangi oleh pelakon terkenal seperti Salman Khan sebagai teraju utama. Filem ini turut dibarisi pelakon Disha Patani, Tabu, Jackie Shroff, Sunil Grover dan dijadualkan bakal ditayangkan pada bulan Jun nanti. – KopiPlanet.com

Video Teaser Bharat : Salman & Katrina Kaif Berganding Semula

Pelakon Bollywood, Salman Khan dan Katrina Kaif akan melancarkan video teaser filem terbaharu lakonan mereka dalam masa terdekat ini.

Filem Bharat diadaptasi daripada sebuah filem Korea Selatan yang diterbitkan pada tahun 2014 berjudul Ode To My Father yang akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia bermula bulan Jun ini.

Menurut Salman, teaser Bharat ini sangat berlainan dari kebanyakan filem yang pernah dilakonkan olehnya.

Pengarahnya, Ali Abbas Zafar banyak memasukkan elemen emosi dan terdapat juga beberapa adegan aksi lasak yang dilakonkan oleh aktor berusia 54 tahun itu.

Sebelum ini, pasangan hero dan heroin ini pernah bergandingan menerusi filem Ek Tha Tiger (2012) dan Tiger Zinda Hai (2017). Kali ini, kedua-dua pelakon ini sekali lagi bekerjasama berlakon dalam filem Bharat yang mengisahkan tentang tentera askar India yang menghadapi peperangan.

Terdahulu, Priyanka Chopra terpaksa mengundurkan diri daripada projek filem ini kerana ingin menumpukan perhatian terhadap majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Disember lalu. – KopiPlanet.com