• FOLLOW US

Dalam Diam, Rita Ora Jalin Hubungan Dengan Anak Jude Law?

Acara British Fashion Awards 2019 yang berlangsung di Royal Albert Hall, London baru-baru ini dihadiri sejumlah selebriti dan model popular.

Bagaimanapun, antara yang menjadi tumpuan adalah penyanyi Rita Ora. Ketika meninggalkan majlis, ternyata penyanyi itu tidak keseorangan.

Sebaliknya, Rita dilihat berjalan bersama-sama dengan Rafferty Law, yang juga anak kepada pelakon ternama Jude Law.

Tidak sekadar jalan bersama, kedua-duanya juga kelihatan cukup mesra sambil berjalan berpegangan tangan sehingga timbul spekulasi yang mengatakan mereka kini sedang bercinta.

Namun begitu, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan yang keluar daripada kedua-dua pihak memandangkan mereka kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem reboot Oliver Twist. – KopiPlanet.com

Victoria Beckham Tak Restu Hubungan Brooklyn Dengan Rita Ora

Sebelum bertemu janji dengan model Victoria’s Secret, Hana Cross, anak sulung pasangan David dan Victoria Beckham iaitu Brooklyn, 20, terlebih dahulu dikatakan telah menjalinkan hubungan rahsia dengan penyanyi Rita Ora pada bulan Mei 2017.

Namun, hubungan mereka tidak berpanjangan apabila Victoria dikatakan tidak menyukai perangai Rita yang gemar berparti.

Victoria dikatakan ternampak beberapa mesej mesra di antara Brooklyn dan Rita lantas menghalang anaknya daripada meneruskan hubungan dengan Rita.

Walaupun tidak lagi berhubungan namun Brooklyn dan Rita masih tetap berkawan sehingga kini.

Brooklyn yang merupakan seorang jurugambar kini sudah pun ‘move on’ dan hubungannya dengan Hana mendapat lampu hijau daripada ibunya.

Malah, Victoria turut memuji penampilan Hana menerusi salah satu koleksi pakaian rekaannya menerusi Instagram Story-nya baru-baru ini.

Sebelum ini, Brooklyn juga pernah dikaitkan bercinta dengan pelakon Chloe Grace Moretz. – KopiPlanet.com

Baru Putus Cinta, Rita Ora Kini Dikaitkan Dengan Andrew Garfield

Baharu sahaja putus cinta dengan penerbit muzik, Andrew Matt, penyanyi Rita Ora kini dikaitkan pula sedang menjalinkan hubunngan istemewa dengan aktor kacak, Andrew Garfield.

Rita, 28, putus dengan Andrew pada bulan September lalu selepas hampir 13 bulan menjalinkan hubungan mesra.

Satu sumber mendedahkan Rita sendiri mengakui yang dia kini sedang dilamun cinta dengan pelakon filem Spiderman itu.

“Dia sendiri beritahu sudah jatuh hati sejak mengenali Andrew Garfield sebulan lalu. Mereka kelihatan suka sama suka di antara satu sama lain tapi disebabkan jadual kerja yang berbeza menyebabkan mereka jarang dapat menghabiskan masa bersama,” dedah sumber tersebut.

Andrew sebelum ini pernah bercinta dengan rakan gandingannya menerusi Spider-man iaitu Emma Stone sejak 2011 namun hubungan itu tidak bertahan lama apabila mereka berpisah tiga tahun lalu. – KopiPlanet.com