EventHiburan

Hampir 2,000 Penonton Meriahkan Konsert Dimsum Thai Pop 2019

Seramai 2,000 penonton hadir memeriahkan konsert Dimsum Thai Pop 2019 berlangsung dengan cukup meriah di Pusat Konvensyen IDEAL, Shah Alam pada Ahad lalu.

Sembilan artis popular tersebut adalah Sunny Suwanmethanot, Thanapob Leeratanakachorn (Tor), Kritssanapoom Pibulsonggram (Jaylerr), Chonlathorn Kongyingyong (Captain), Ice Paris Intarakomalyasut, Wongravee Nateetorn (Sky), Billkin Putthipong, Kanyawee Songmuang (Thanaerng) dan Nichaphat Chatchaipholrat (Pearwah).

Tepat pukul 6 petang, pentas dibuka dengan lagu The Lucky One nyanyian Tor, Jaylerr, Ice dan Captain sebelum disambut dengan persembahan solo Tor dengan lagu Hua Jai Kaung Tur. Ice kemudiannya kembali semula ke atas pentas bersama Pearwah. Kali ini, pasangan tersebut berduet menyanyikan lagu My Ambulance.

Terus memanaskan suasana, Thanaerng muncul di atas pentas untuk melantunkan lagu It’s OK dan diikuti oleh Billkin yang membawakan lagu You Are My Everything.

Persembahan pada petang tersebut diteruskan dengan nyanyian Billkin yang kali ini berduet bersama Pearwah menerusi Lost Stars. Sky dan Sunny mengambil alih pentas dan mendendangkan lagu Love Message.

Selain persembahan nyanyian, Sunny, Sky, Thanaerng, Pearwah dan Billkin juga turut meluangkan masa untuk beramah mesra dengan peminat menerusi sesi permainan santai di atas pentas.

Ice kemudiannya menyanyikan lagu Let It Be, dan diikuti oleh Captain dengan lagu Comethru, Jayler dengan lagu Humble dan Jaylerr bersama Tor menerusi Counting Stars. Pentas persembahan ditutup dengan lagu Uptown Funk yang dinyanyikan oleh kesemua artis. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button