EventHiburan

Program Miss Lawak Platform Cungkil Bakat Pelawak Wanita

Secara kebiasaannya, dunia hiburan komedi selalu didominasi oleh golongan lelaki dan jumlah pelawak wanita ternyata boleh dikira dengan jari.

Jadi, buat pertama kalinya Astro telah mengambil inisiatif dengan menerbitkan program Miss Lawak 2019 bagi mengenalpasti pelapis pelawak wanita yang berpotensi besar untuk diketengahkan.

Ketua Strategi Kandungan Komedi Astro, Namanzee Harris berkata, mereka menyambut baik perkembangan positif lanskap komedi tanah air yang sudah jauh berubah seiring dengan penerimaan penonton terhadap kandungan komedi yang dipersembahkan membabitkan golongan wanita.

“Namun begitu, kami menyedari hakikat bahawa industri kita sebenarnya ketandusan pelawak wanita yang berbakat dan lebih banyak dikuasai oleh pelawak lelaki.

“Justeru itu, Astro dengan kerjasama produksi Vision Works ingin melakar inisiatif baharu dengan menganjurkan pertandingan Miss Lawak sebagai usaha bagi mencari pelapis pelawak wanita menerusi platform dan bimbingan yang disediakan,” ujarnya.

Menurut Namanzee, format penjurian akan diadili berdasarkan pemarkahan 100 peratus oleh barisan juri profesional yang telah dilantik.

Ujarnya, juri-juri berkenaan akan menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan peserta yang menerima markah terendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

“Menerusi Miss Lawak, mereka diberi kebebasan untuk mencari sisi kreatif yang tersendiri agar mampu melonjakkan nilai jenama mereka ke peringkat yang lebih tinggi,” jelasnya.

Seramai 18 orang peserta telah dipilih untuk menyertai Miss Lawak 2019, manakala Datuk AC Mizal dan Erra Fazira dilantik sebagai juri tetap serta seorang juri jemputan yang diundang khas.

Juara akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 beserta trofi dan slot automatik untuk menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega musim terbaharu.

Miss Lawak akan bersiaran pada setiap hari Rabu pukul 9.00 malam bermula pada 6 Mac 2019 sebanyak sembilan episod di saluran Astro Warna (132) dan Warna HD (124). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button