AntarabangsaBollywood

Tiger Shroff mahu jadi Cristiano Ronaldo

Tidak disangka bahawa aktor Bollywood terkenal, Tiger Shroff begitu meminati sukan bola sepak dan salah seorang pemain yang cukup digemarinya adalah bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

<!–more Watch Now! –>

Menurut Tiger, sekiranya dia diberikan watak lakonan sebagai pemain bola sepak, pelakon itu tanpa berselindung mahu membawakan watak sebagai pemain kelahiran Portugal itu.

“Ada banyak filem yang dihasilkan menceritakan tentang kisah hidup pemain bola sepak. Jadi, tidak mustahil kalau ada filem yang berkisarkan tentang Cristiano Ronaldo.

“Kalau ada peluang, sudah tentu saya teringin untuk membawakan watak Ronaldo. Lagipun saya juga berkemampuan bermain bola sepak, jadi saya ingin tunjukkan kemampuan saya,” ujarnya seperti dipetik dari portal Bollywoodlife.com.

Dedah anak kepada pelakon legenda Jackie Shroff itu lagi, disebabkan minatnya dalam sukan bola sepak, dia pernah bermimpi menjadi salah seorang pemain dalam skuad bola sepak India.

“Saya sangat meminati sukan bola sepak dan sudah bermain sejak kecil. Impian saya memang mahu mewakili negara, tetapi takdir menentukan saya pergi ke bidang lain,” ujarnya.

Tiger Shroff merupakan antara aktor muda yang dilihat mampu mengulangi kejayaan sang ayah sebagai aktor popular Bollywood.

Selain memiliki wajah yang tampan, Tiger dikenali sebagai individu yang mempunyai kemahiran seni bela diri dan mempunyai tubuh seperti seorang atlet. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button