
Shah Rukh Khan Hiasi Cover Anniversary Vogue
Superstar Bollywood, Shah Rukh Khan muncul dalam muka hadapan majalah Vogue India sempena ulang tahun ke-10 majalah itu.
Shah Rukh bergambar di samping kapten pasukan kriket India, Mithali Raj dan usahawan Nita Ambani bagi edisi Oktober 2017 majalah gaya hidup wanita itu.
Selain cover itu, terdapat juga sampul hadapan lain bagi memberikan pilihan kepada pembaca iaitu cover yang turut dihiasi pelakon Twinkle Khanna, Sonam Kapoor, Anushka Sharma dan Karan Johar.
Satu lagi cover memperlihatkan gaya elegan dan mewah dari pelakon antarabangsa Priyanka Chopra, Padma Lakshmi dan supermodel Rusia Natalia Vodianova.
Dalam cover itu, Padma menggayakan blouse bladu hitam dan skirt dari noda senada rekaan Altuzarra manakala Priyanka anggun dalam persalinan gaun sutera hitam dari jenama Off-White. – KopiPlanet.com