Cerita ArtisHiburan

Mila Jirin Mohon Kerajaan Beri Perhatian Kepada Usahawan Sektor Sosial & Industri Perkahwinan

Sebelum ini, penyanyi dan usahawan Mila Jirin menyarankan kerajaan supaya mempertimbangkan pengeluaran amaun yang bersesuaian untuk duit Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Kemudian, baru-baru ini Mila turut memuat naik satu lagi video di Facebook miliknya yang memohon sypana keraaaan memberi perhatian kepada usahawan sektor sosial.

“Apa solusi kerajaan dalam membantu usahawan sektor sosial dan industri perkahwinan yang tidak dapat beroperasi sepanjang PKPB. Bila menteri umumkan PKPB dan sektor ekonomi dibuka seperti biasa, saya tertanya-tanya adakah menteri aware dengan sektor sosial yang terpaksa sekali lagi freeze all type of business related to the social sector termasuklah industri perkahwinan.

“Saya dengan rendah hati sebagai seorang rakyat mohon pihak kerajaan pandang dan dengarlah rintihan usahawan peniaga yang berada dalam sektor sosial ini yang dah sangat tenat, ada yang hilang dari radar, ada yang tersungkur, ada yang hutang dah bertimbun, akibat mereka seperti tidak diberi perhatian dan bantuan,” luahnya.

Mila yang juga usahawan katering menerusi Bizmilla Catering & Services by Mila Jirin berkata, tidak dinafikan Covid-19 telah memberi kepada semua orang dan PKPB yang dilakukan telah menyebabkan ramai hilang pendapatan dan kerja.

Ujarnya, ketika awal PKPB dilaksanakan, semua rakyat dah usahawan telah berkorban untuk menutup operasi sementara perniagaan dan duduk di rumah serta menjaga SOP yang telah diarahkan.

“Cuma saya rasa amatlah tidak adil bila mana pihak kerajaan mengarahkan PKPB dilaksanakan dan mention sektor ekonomi berjalan seperti biasa macam tak ada kesan pada ekonomi, tetapi sektor sosial jelas, terang dan nyata ditulis di dalam SOP PKPB adalah aktiviti perniagaan yang terlarang.

“Bagaimana kami yang berada dalam sektor sosial dan industri perkahwinan ini nak meneruskan perniagaan dan menggajikan pekerja kami?” luahnya.

Mengakui syarikatnya antara penerima subsidi upah yang diperkenalkan sebelum ini dan berterima kasih kepada kerajaan, tetapi dia mewakili rakan-rakan usahawan lain agar memandang situasi mereka yang tidak mendapat bantuan subsidi upah.

Menurutnya, ada yang tidak berdaftar dengan Perkeso dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tetapi sebagai kerajaan peduli rakyat usahawan tersebut juga perlu dibantu kerana di bawah mereka banyak pekerja golongan B40.

“Saya bukanlah ahli politik atau pakar ekonomi, saya hanya rakyat marean yang berniaga. Pandangan saya sebagai usahawan dan pembayar cukai budget yang diusulkan kerajaan tidak banyak membantu rakyat yang bergelar usahawan atau bekerja sendiri atau golongan M40.

“Ini adalah waktu sukar kami sebagai usahawan, bantulah kami. Tolong kami usahawan yang sedang kritikal dalam memperjuangkan perniagaan dan pekerja kami,” jelasnya.

Mengakui ada banyak dana diperuntukkan melalui agensi perbankan, namun Mila menyatakan berapa ramai yang diluluskan permohonan dan urusan memohonnya tidaklah mudah.

“Saya memohon pihak kerajaan untuk membantu memberi solusi dan mungkin memudahcara bagi usahawan yang terjejas dalam sektor sosial dan industri perkahwinan mendapatkan dana yang dapat membantu kami semua dalam membaik pulih perniagaan.

“Agar dapatlah kami semua menyumbang kepada ekonomi negara apabila keadaan kembali pulih nanti,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Facebook Mila Jirin

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button