Cerita ArtisHiburan

Amar Baharin Rasa Musykil Tiba-Tiba ‘Unfollow’ Akaun Instagram Isteri

Apabila berlaku sesuatu perkara, misalnya apabila secara tiba-tiba tidak lagi follow orang terdekat seperti isteri di laman sosial sama ada Instagram, Facebook atau Twitter, pasti ia akan menimbulkan persoalan ramai terutamanya netizen.

Namun begitu, lain pula yang berlaku kepada pelakon Amar Baharin apabila dia mendapati tidak lagi follow Instagram isterinya iaitu pelakon Amyra Rosli.

“Sekarang ni aku musykil… macam mana aku boleh TAK FOLLOW wife aku sendiri??? Sedangkan selama ni aku FOLLOW je dia pergi mana-mana.

“Kalau anda hebat, cuba senaraikan beberapa perkara yang menyebabkan tiba-tiba kita ter’unfollow’ … mungkin dapat membantu saya menyelesaikan masalah ni,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, rata-rata netizen juga memberitahu kejadian ter’unfollow’ turut dialami mereka.

Namun begitu, komen yang diberikan oleh Amyra pula ternyata mencuit hati sehingga Amar menjadi usikan peminat.

“Hmmm “amyra rosli” mana yang daddy follow selama ni? Mengaku cepat!” tulisnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button