
Dikhabarkan Sudah Bersalin, Kenapa Emma Maembong & Ahli Keluarga Kunci Mulut?
Tidak dinafikan peminat-peminat pelakon popular Emma Maembong pastinya teruja menunggu kelahiran cahaya mata sulung pelakon berkenaan.
Bagaimanapun, menerusi laporan sebuah akhbar, Emma sebenarnya dikhabarkan sudah bersalin cahaya mata lelaki baru-baru ini.
Malah, pelakon berkenaan juga dikatakan sudah membuat majlis Aqiqah untuk kelahiran cahaya mata sulungnya itu.
Namun begitu, apa yang menimbulkan persoalan apabila tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh pihak Emma atau suami. Begitu juga dengan ahli keluarganya yang lain langsung tidak berkongsi apa-apa tentang kelahirannya.
Ternyata, ia agak berbeza dengan kebanyakan artis yang akan segera untuk mengumumkan kelahiran cahaya mata masing-masing untuk pengetahuan peminat.
Yang terbaharu, pelakon itu hanya memuat naik sebuah video di Instagram dan YouTube, iaitu majlis pengumuman jantina anaknya. Selain itu, tiada apa-apa perkembangan yang dibuat oleh ahli keluarga. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Emma Maembong