Hasrat peminat-peminat pelakon Fattah Amin dan Fazura untuk melihat wajah anak pasangan itu, Nur Fatima Aisya akhirnya terlaksana.
Perkara tersebut didedahkan oleh kedua-dua pelakon itu menerusi perkongsian gambar mereka sekeluarga di Instagram.
“Happy New Year 2021! Lots of Love.. Fattah, Fazura and Fatima,” tulis Fattah dan Fazura di Instgram masing-masing.
Sebelum ini, peminat-peminat tersebut masih belum berpeluang untuk menatap wajah penuh sejak Nur Fatima Aisya dilahirkan.
Pasangan tersebut dikurniakan cahaya mata sulung perempuan pada 2 Oktober lalu setelah tiga tahun berkahwin.
Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada November 2017. – KopiPlanet.com
Kredit Foto: Instagram Fattah Amin & Fazura






