
Kavita Sidhu Rasa Kecewa, Tidak Mahu Netizen Bandingkan Dirinya Dengan Norlia Ghani
Baru-baru telah viral mengenai tweet seorang netizen yang telah membandingkan dua orang pelakon, Kavita Sidhu dan Norlia Ghani.
Bagaimanapun, tindakan berkenaan nyata kurang disenangi oleh Kavita sendiri yang mahu netizen tidak merendah-rendahkan Norlia dan meminta mereka menghormati pelakon veteran itu.
“Sekarang dan pada masa akan datang, kita haruslah berbuat baik antara satu sama lain. Saya rasa bersalah ketika membaca tweet yang viral mengenai saya dan Puan Norlia Ghani.
“Tolong hentikan perbuatan merendah-rendahkan orang lain. Hormati beliau sebagai seorang senior, bintang filem veteran dan ibu kepada seseorang,” tulisnya menerusi satu posting di Instagram.

Pada masa sama, pelakon berkenaan juga meminta supaya netizen tidak lagi berkongsi mengenai tweet berkenaan.
Ujarnya, Norlia juga adalah ibu kepada rakannya iaitu pelakon dan pengarah Rusdi Ramli dan mereka pernah berlakon dalam beberapa buah filem sebelum ini.
“Berhenti daripada memalukan wanita lain. Adakah anda suka sekiranya netizen bercakap sesuatu yang memalukan terhadap ibu anda, makcik rakan anda? Tolong berfikir dengan apa yang kita tuturkan. Puan Norlia Ghani adalah ibu rakan saya. Terima kasih” tegasnya.
Kedua-dua pelakon berkenaan viral di laman Twitter apabila terdapat seorang pengguna membandingkan rupa paras dan fizikal kebanyakan orang sekarang seperti Norlia berbanding dengan Kavita yang mempunyai kecantikan luar biasa pada usianya menjengah 49 tahun. – KopiPlanet.com



