Cerita ArtisHiburan

Syura Badron Luah Rasa Sedih Dirinya Difitnah… Ada Netizen Pertikai Produk Perniagaannya

Penyanyi Syura Badron meluahkan rasa sedihnya gara-gara tindakan seorang netizen yang mempertikaikan perniagaan yang dijalankan iaitu produk kecantikan Charmant.

Luahan tersebut dibuat oleh penyanyi berkenaan menerusi Instagram miliknya dengan berkongsi gambar kenyataan netizen berkenaan.

“Bukan niat nak mengadu, hanya sekadar luahan perasaan yang sangat sedih bila difitnah macam ni.. 😔😔.

“Rezeki saya dalam bidang seni, tidak menyebelahi saya.. kabel pun takde 😅😅 tapi saya tak putus asa.. macam-macam yang saya buat.. berlakon, melawak, hosting .. semua say buat,” tulisnya. 

Menurut Syura, perniagaan produk yang dijalankannya ketika ini adalah menggunakan hasil simpanannya sepanjang bergelar anak seni.

Ujarnya, buat masa ini juga dia masih lagi bertatih dalam menjalankan perniagaan.

“Saya sedar kedudukan saya dalam industri ni.. tapi at least saya berjuang untuk cari rezeki .. bukan amik cara mudah dapat duit dengan sugar daddy tu.. 

@charmant_hq tu saya yang bina dengan hasil saving saya sepanjang saya cari rezeki dalam industri .. saya masih bertatih dalam bidang perniagaan .. 

“Mendoakan lebih baik dari memfitnah macam ni .. tak apelah.. kata-kata awak tak menjadi kudis pun untuk saya .. terima kasih 🙏🏻,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Syura

Apakah reaksi anda?
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button