Cerita ArtisHiburan

“Saya Telah Memberi Nafkah Kepada Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal Seperti Ditetapkan Mahkamah” – Aidil Zafuan

Pemain bola sepak yang juga bekas suami kepada pelakon, Rita Rudaini menyatakan dia tidak pernah gagal memberikan nafkah setiap bulan kepada anak-anak seperti yang ditetapkan mahkamah.

Tegas Aidil, dia mempunyai semua bukti pembayaran ke dalam akaun untuk nafkah kedua-dua anaknya itu.

“Sudah cukup saya berdiam diri selama ini. Ingin saya nyatakan yang selama ini saya telah memberi nafkah kepada kepada anak-anak setiap bulan tanpa gagal seperti ditetapkan mahkamah.

“Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam account. Seharusnya pihak di sebelah sana sedia maklum nafkah telah pun diterima pada setiap bulan,” kongsi Aidil menerusi Instagram miliknya.

Perkara ini mula dibangkitkan apabila Rita Rudaini telah memuat naik gambar beberapa buku anak-anaknya yang menelan belanja ratusan ringgit.

Di dalam ruang komen itu, Rita memberitahu yang Aidil telah meletakkan nama anak-anaknya untuk proses tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) lebih awal.

Ujar Aidil, sebagai rakyat Malaysia dia tidak lari daripada tanggungjawab untuk membayar cukai setiap tahun.

Menurutnya, dia berhak untuk menyatakan setiap tanggungan kepadanya kepada pihak LHDN, termasuklah pembayaran nafkah kepada anak-anaknya.

“Saya difahamkan daripada tuduhan orang ramai yang mengatakan saya tidak pernah memberi nafkah dan saya juga difahamkan pihak di sebelah sana tidak menerangkan perkara yang sebenar.

“Sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya yang mengatakan saya seorang bapa yang langsung tidak menjalankan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anak,” jelasnya.

Pada masa sama, Aidil memberi amaran untuk mengambil tindakan kepada pihak-pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian tanpa asas dan bukti kukuh hingga mencemarkan imejnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
2
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button