Cerita ArtisHiburan

Joe Flizzow Bergabung Dengan MK & Jay Park Menerusi Single Ciao

Joe Flizzow dikenali sebagai pengőnyi yang tidak pernah berhenti selepas mencapai kejayaan. Sepanjang tahun yang dilalui di takhta hip-hop Asia Tenggara, Joe telah gunakan untuk mempertajam naluri, pemikiran dan pena.

Jadi ketika dia kembali ‘menyerang’, kesannya bergema dan taruhannya, tinggi, amat tinggi. Kali ini, dia muncul dengan single baharu Ciao, lagu pertamanya untuk tahun 2021 dan single utama dari album Johan yang bakal muncul tidak lama lagi keluaran melalui Def Jam Malaysia.

Memanfaatkan makna perkataan bahasa Itali itu – ‘hello’ dan ‘selamat tinggal’, Joe menggabungkan dua suara berwawasan lain dalam permaidani hip-hop Asia, MK dari Malaysia dan Jay Park dari Korea Selatan.

Lagu berkenaan menjurus kepada ucapan selamat tinggal kepada bencana di tahun 2020 serta bagi mengalukan permulaan baru 2021, dan meraikan semangat ‘hustle’ yang menggerakkan kehidupan seharian kita.

Ciao mengingatkan kepada sifat seorang raja. Kepintaran dan karisma yang sama adalah darah dan baja hip-hop. Tetapi seseorang yang mahir dan sentiasa peka dengan perkembangan semasa, dia akan dapat mempertingkatkan hasil kerjanya.

Diiringi rentak ciptaan Alyph yang berdegup rancak, gelap tetapi sedap didengar disertai alunan puisi dari Joe amat memukau dan hebat.

Dengan adanya MK dan Jay Park menjadikan Ciao sebagai pertemuan antara minda-minda hip-hop yang hebat, memberi penghormatan kepada beberapa artis rap terbaik dan terkenal.

Seperti yang dikatakan oleh Joe, “Lagu ini sudah bagus tetapi bagaimana untuk kita menambah kepanasan?”

Dengan cara masing-masing, MK dan Jay Park memarakkan api dengan mudah, dan menyambut seruan Joe.

Menemani single ini adalah video muzik yang bakal menarik perhatian diarahkan oleh ikon pakaian lelaki dan jurugaya Shahrin Bahar, di mana karya ini merupakan debut sutradara beliau.

Menterjemahkan mesej lagu dengan tepat, bahasa visual dalam video ini  yang digambarkan dengan sempurna dapat membuat anda merasa seolah-olah mampu menjangkau bintang.

Ketika Lamborghini berderu sambil diapit oleh beberapa model terkenal di Malaysia, Joe, MK dan Jay Park menggegarkan dunia dengan cara angkuh kosmik mereka.

Lagu yang luar biasa memerlukan video yang luar biasa – dan inilah dia. Tahap penyuntingan hebat yang merangkumi setiap perincian.

Menerusi Ciao, Joe mengajak pendengar untuk menikmati kehidupan. Dan adalah mustahil untuk menolak pelawaan itu. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button