
Khidmat Shuk Sahar Sebagai Penyampai Radio Hot FM Digantung Serta-Merta
Khidmat penyampai radio Hot FM yang kini terpalit dengan kontroversi, Shuk Sahar kini telah digantung buat sementara waktu.
Perkara tersebut telah dinyatakan sendiri dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh stesen radio berkenaan.
“Pihak pengurusan stesen radio Hot FM mengesahkan bahawa perkhidmatan penyampai radio, Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk digantung serta-merta.
“Penggantungan sementara perkhidmatan Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial.
> Baca: Shuk Sahar Buat Hal Lagi? Isteri Dedah Suaminya Masih Berhubung Dengan Fara Salleh
Sebelum ini, isteri kepada Shuk telah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita yang pernah dikaitkannya sebelum ini.
Menurut kenyataan itu lagi, perkembangan terkini penggantungan Shuk akan diumumkan oleh pihak pengurusan Hot FM selepas siasatan dalaman selesai. – KopiPlanet.com



