
Bakat Nyanyian Mula Dikesan Ibu, Iss Arffan Kini Tampil Dengan Single Tiada Bernoktah
Pernah bergelar seorang pemain seorang pemain bola sepak, siapa sangka penyanyi baharu Iss Arffan juga mempunyai bakat nyanyian.
Semuanya bermula ibunya sendiri yang mengesan bakat menyanyi yang dimilikinya ketika mendengar nyanyian dan lantas terus dia mengambil keputusan untuk mengasah bakat melalui kelas vokal Melayu Asli.
Iss Arffan pernah menyertai pertandingan lagu Melayu Asli antara sekolah di seluruh Sarawak dan mendapat tempat ketiga. Dia juga memenangi tempat ketika dalam program Lagu Cinta Kita Musim 2, baru-baru ini.
Setelah tiga tahun menuntut ilmu, dia telah memberanikan diri untuk membuat persembahan seperti busking dan menyertai pertandingan nyanyian karaoke di Sarawak.
Dengan minat untuk menyanyi semakin mendalam, Iss Arffan mula membuat pelbagai cover song di laman Instagramnya. Dia mencuba nasib dengan menghantar demo ke label Mapmusic dan telah diterima atas keunikan suaranya yang sangat memukau.
Kini, lagu Tiada Bernoktah menjadi single pertama Iss Arffan di bawah naungan Map Music dan merupakan ciptaan sepenuhnya El Hadam.
Lagu berkenaan menceritakan tentang sebuah perhubungan diantara pasangan yang sudah menghampiri ke arah alam perkahwinan. Seorang lelaki yang bertungkus lumus untuk membuat persediaan demi memenuhi kehendak kekasihnya.
Namun kekasihnya beralih arah dibelakang setelah berjumpa dengan seorang lelaki yang lebih sempurna dimatanya, akhirnya dilihat sendiri oleh lelaki tersebut.
Lagu berkenaan sudah mula dilancarkan pada 22 Januari lalu dan boleh didengari di semua platform digital muzik dan streaming. – KopiPlanet.com